Musim Terakhir 'Desperate Housewives' Di 8TV

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Desperate Housewives
Desperate Housewives

PETALING JAYA: Setelah mengumpulkan pelbagai lapisan penonton di seluruh dunia, musim terbaru (kelapan) siri popular Desperate Housewives (DH) yang sudah pun bermula pada 20 Mac lalu akan menjadi musim terakhir.

Drama bersiri itu pasti membuat para penonton teruja untuk mengetahui kesudahannya, lebih-lebih lagi mengenai kehidupan dan nasib Susan Mayer, Lynette Scavo, Bree Van de Kamp dan Gabrielle Solis.

Kembali dengan plot drama yang lebih menarik dan dramatik daripada musim yang sebelumnya DH menjanjikan penceritaan yang dramatis, puitis, skandal dan misteri.

Aksi dan drama yang memenuhi siri ini pasti membuatkan penonton terus melekat di kaca televisyen masing-masing.

Setiap musim, penonton didedahkan dengan kehidupan di Wisteria Lane yang hidup dalam sebuah komuniti yang aman. Penonton setia siri ini juga semestinya dapat merasai suka duka dan segala cabaran yang terpaksa dihadapi oleh wanita-wanita hebat ini.

Penceraian, perkahwinan, kesengsaraan, kelahiran baru, kematian serta kegembiraan diisi kemas selama tujuh musim drama ini bersiaran dan kali ini, kisah DH dimulakan dengan kemunculan Susan, Gaby, Bree, Lynette dan Carlos yang cuba menyemadikan mayat bapa tiri Gaby secara rahsia. Bapa Tiri Gaby telah dibunuh oleh Carlos kerana ingin melindungi isterinya, tetapi perasaan bersalah menyelubungi hatinya.

Susan pula mula mengasingkan diri daripada kawan-kawan dan keluarganya sementara Gaby cuba menenangkan Carlos yang dihantui perasaan bersalah.

Pada masa yang sama, Lynette dan Tom menghadapi kesukaran melayari bahtera perkahwinan mereka manakala Bree pula menemui jejaka idaman, Detektif Chuck Vance.

Musim terbaru ini menampilkan Ben Faulkner yang bakal menyerikan lagi kehidupan mereka di Wisteria Lane dan Mary Alice melihat dirinya lebih bernilai kerana berkongsi rahsia dan membongkar rahsia di sebalik kehidupan setiap suri rumah tersebut.

DH dibintangi oleh Teri Hatcher sebagai Susan Mayer, Felicity Huffman (Lynette Scavo), Marcia Cross (Bree Hodge), Eva Longoria (Gabrielle Solis), Vanessa Williams (Renee Perry), Ricardo Antonio Chavira (Carlos Solis), Doug Savant (Tom Scavo) dan Jonathan Cake sebagai Det.

Saksikan kesudahan siri popular ini setiap Selasa pukul 10.30 malam di saluran 8TV.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan