Daphne Iking & Yasmin Hani Berentap Dalam 'Super Spontan'

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Daphne dan Yasmin teruja untuk menyertai Super Spontan yang bakal menemui penonton pada 30 Mac depan.
Daphne dan Yasmin teruja untuk menyertai Super Spontan yang bakal menemui penonton pada 30 Mac depan.

KUALA LUMPUR: Dua selebriti wanita popular iaitu pelakon, Yasmin Hani dan pengacara, Daphne Iking mengukir sejarah tersendiri apabila muncul sebagai peserta wanita yang bakal berentap dengan 12 pelawak lelaki dalam program terbaru berjudul Super Spontan.

Daphne dan Yasmin ketika ditemui melahirkan rasa teruja untuk beraksi buat pertama kali dalam program berbentuk komedi secara spontan itu dan telah melakukan pelbagai persediaan sebelum berentap.

"Kami banyak menonton program-program komedi seperti Raja Lawak, Spontan dan sudah tentunya rancangan Whose Line Is It Anyway? yang menjadi kegemaran sejak dulu lagi," ujar mereka ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut di sini pada Jumaat.

Super Spontan bakal menemui peminat secara langsung bermula 30 Mac depan menerusi dua saluran serentak iaitu Astro Warna (132), Ria (104) dan SingTel Mio TV di Singapura setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam.

Daphne atau nama Islamnya, Daphne Dahlia Iking memberitahu, dia tidak berfikir panjang saat dipelawa oleh pihak penerbit kerana sudah lama ingin melakukan sesuatu yang berbeza dalam kerjayanya.

Tambah Daphne, dia ingin menunjukkan sisi lainnya yang tidak pernah dilihat oleh penonton sebelum ini tentang dirinya menerusi program tersebut.

"Mungkin sebelum ini orang lebih kenal saya sebagai pelakon dan pengacara tetapi menerusi Super Spontan mereka akan dapat lihat sisi lawak diri saya," katanya.

Manakala Yasmin memberitahu, dia ingin mencabar dirinya sebagai seorang pelakon untuk melakukan tugasan yang diberikan secara spontan di atas pentas.

Ujarnya, dengan barisan pelawak dan pelakon terkenal yang turut menyertai program itu dia yakin dapat mengikut rentak mereka dalam memberikan aksi terbaik.

"Saya sudah terbiasa dengan skrip sebelum ini, jadi ini adalah masanya untuk mencabar diri sendiri melakukan sesuatu yang berbeza," katanya.

Dalam pada itu, selain kedua-dua artis terbabit, program itu bakal menampilkan 12 peserta dari pelbagai latar seperti penyanyi, pengacara, penyampai radio dan pelakon.

Mereka adalah Johan, Zizan, Tauke, Cat Farish, Zahid, Rahim (Raja Lawak musim kedua), Riezman Khuzaimi, Ropi (Cecupak), Sathiya, Bell Ngasri dan peserta tunggal dari Singapura iaitu Suhaimi Yusof.

Sementara itu Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata pihaknya sentiasa mencari idea dan konsep baru bagi memenuhi cita rasa pelanggan pakej Mustika dan Super Spontan adalah antara taruhan terbaru selepas Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega.

"Apa yang pasti, kami sentiasa mencuba dan memperbaharui barisan program yang menjadi program 'signature' di Astro Warna," katanya.

Bercerita lanjut mengenai Super Spontan, kata Nizam, kesemua peserta terbabit dibahagikan kepada dua kumpulan yang diberi nama Beruang Comel dan Angsa Ganas.

Menerusi kumpulan yang diwujudkan itu, dua pengurus atau pengatur strategi telah dilantik iaitu Rashid Salleh dan Reza Zainal sebagai ketua.

Kumpulan Beruang Comel yang diuruskan Reza dianggotai Johan, Bell Ngasri, Yasmin Hani, Sathiya, Cat Farish, Ropie dan Sharul dari kumpulan Shiro.

Manakala Angsa Ganas yang dikepalai Rashid Salleh akan disertai oleh Zizan, Daphne Iking, Suhaimi Yusof, Riezman Khuzaimi, Zahid, Tauke dan Rahim.

Pembahagian peserta untuk kedua-dua kumpulan itu telah dibuat secara undian pada sesi 'boot camp' yang telah dijalankan pada 8 Mac lalu.

Super Spontan turut melantik Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik dari kumpulan Boboi sebagai pengkritik tetap selain Amir (Raja Lawak) sebagai pembantu mereka untuk berinteraksi dengan peserta dan penonton.

Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor pula bertindak sebagai hos program itu.

Setiap minggu, Super Spontan bakal menampilkan tema permainan berbeza yang mana kebanyakan peserta tidak mengetahui tugasan yang perlu dilakukan pada minggu berkenaan.

Proses pemarkahan pula dilakukan berdasarkan undian daripada penonton seratus peratus tetapi untuk memilih kumpulan yang layak menang pada setiap minggu dan penyingkiran pula berdasarkan kepada suara ahli kumpulan.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry 2.0G.

Selain itu, kumpulan yang mendapat markah tertinggi berdasarkan persembahan mingguan akan memenangi RM5,000 untuk disalurkan kepada badan kebajikan yang akan diumumkan kemudian.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan