'Chelorong Cheloreng' Di Panggung Bandaraya Sehingga Esok

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para pelakon Chelorong Cheloreng.
Para pelakon Chelorong Cheloreng.

PETALING JAYA: Pementasan teater bangsawan Chelorong Cheloreng yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat (semalam) adalah bertujuan menghidupkan semula karya yang pernah difilemkan pada tahun 1962 lakonan Wahid Satey sebagai pelakon utama.

Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini berkata, disebabkan karya itu tidak dikomersialkan seperti kebanyakan karya Tan Sri P.Ramlee, naskhah yang sarat dengan mesej itu hampir dilupakan.

Atas dasar itu JKKN dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil inisiatif menganjurkan pementasan tersebut yang diadakan di Panggung Bandaraya, Jalan Raja dekat sini bermula pukul 8.30 malam.

Sementara itu pengarahnya Zaifri Husin berkata, Chelorong Cheloreng mempunyai moral yang tersendiri kerana mendedahkan sikap seseorang yang sanggup menggunakan kuasa bagi menguasai orang lain.

“Saya yakin pementasan ini akan mendapat sambutan kerana jenama JKKN yang cukup kuat mampu mempengaruhi orang ramai menontonnya.

“Pementasan ini juga sebenarnya memberi cabaran yang luar biasa kerana latihannya hanya dapat dilakukan selepas pukul 5 petang kerana kesemua pelakon terikat dengan komitmen masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu Zaifri juga turut memberi kelainan dengan meminjam babak menarik daripada filem Anakku Sazali apabila adegan di mana P.Ramlee meniup seruling membuatkan sekumpulan wanita diserang gatal badan turut dimasukkan bagi menampilkan unsur komedi.

Chelorong Cheloreng adalah nama dua orang pengasuh setia kepada Tengku Mahkota Dharma Kesuma.

Ia menceritakan mengenai Dharma yang enggan berkahwin dengan puteri dari negara musuh ayahandanya sehingga menyebabkan dia melarikan diri dari istana.

Sewaktu dalam pelarian, Dharma terpikat dengan Harum Chendana dan mengahwininya.

Antara pelakon yang terlibat dalam pementasan ini ialah Mohd Hanafie Mohamad, Nurul Syuhada Suhaimy, Rozita Abdul Rahim, Nok Mohd Faiszulikhwan Mohamad dan Ismarizal Zulamran.

Bayaran bagi menyaksikan pementasan ini dikenakan sebanyak RM5.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan