Round Robin Mahu Kejar Glamor

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Round Robin terdiri daripada (dari kiri) Annico, Ezzad, Ashley dan Sehar. - Foto oleh RAYMOND OOI
Kumpulan Round Robin terdiri daripada (dari kiri) Annico, Ezzad, Ashley dan Sehar. - Foto oleh RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Kumpulan muzik bebas, Round Robin mengakui terpaksa menongkah arus apabila mahu mengejar glamor iaitu prinsip yang tidak diamalkan oleh mana-mana pemuzik bebas.

Pemain dramnya, Haizad Azhar atau Sehar, 29, berkata atas dasar itu kumpulan yang memperjuangkan genre pasca punk ini bersedia untuk menghadapi elemen glamor dan kontroversi dalam kerjaya mereka.

“Kami sedar jika perjuangan ini hanya berpaksikan muzik, ia hanya akan berlegar dalam lingkungan dan kelompok peminat yang kecil dan tidak ke mana.

“Sebab itu kami memutuskan untuk menembusi aliran perdana dan bersedia untuk berhadapan elemen-elemen glamor pada penampilan dan imej serta kontroversi sebagai sokongan kepada muzik kami,” katanya dan anggota lain ketika ditemui di Menara Star, baru-baru ini.

Kumpulan tersebut turut dianggotai Syahmi Rawi atau Bob (pemain synthesizer), Asraf Raiz atau Ashley Gibson (pemain gitar), Ezzad Ezzuddin atau Ezzad (pemain bass), Syafizul Izzat atau Ejat (vokalis) dan Aizad Mohammad Yusof atau Annico (pemain keyboard).

Sehar berkata, jika kebanyakan kumpulan bebas lain lebih selesa memperjuangkan muzik semata-mata, Round Robin bagaimanapun sanggup bertolak-ansur dengan tuntutan dan resam perniagaan muzik arus perdana yang menekankan aspek populariti dan glamor.

“Bagi saya tidak timbul isu kami melanggar prinsip perjuangan muzik kerana muzik adalah universal, tidak kiralah dalam aliran bebas atau perdana.

“Kami memilih untuk mengembangkan perjuangan ini kepada khalayak lebih luas, maka kami perlu mengadaptasi perubahan-perubahan itu untuk berjaya dan dikenali,” katanya.

Bercerita tentang kumpulan yang ditubuhkan pada 2006 itu, Sehar memberitahu perjuangan Round Robin pada hari ini adalah kesinambungan legasi muzik yang ditinggalkan pengasasnya, Allahyarham Pax Paco.

“Perjuangan kumpulan ini adalah amanah Allahyarham yang tidak kesampaian. Dia meninggal dunia pada tahun lalu akibat komplikasi jantung sebelum album ini sempat siap dan dikeluarkan.

“Ia menjadi impian kami untuk meneruskan Round Robin,” katanya.

Album sulung Round Robbin berjudul The Philophobic yang menampilkan 10 lagu termasuk Omashita!, Helah, Philophobic dan Lukha kini berada di pasaran edaran InterGlobal Music Sdn Bhd.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan