Tomok Muntah Darah Tolak Tuduhan Disantau

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tomok
Tomok

PETALING JAYA: Penyanyi Tomok yang mengalami muntah darah pada malam Isnin menolak dakwaan yang mengaitkan kejadian itu dengan perbuatan santau atau simptom penyakit kronik.

Sebaliknya, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, berkata dia muntah darah mungkin disebabkan oleh faktor tersalah makan.

"Saya harap apa yang terjadi (muntah darah) bukan sesuatu yang serius atau memudaratkan. Saya tidak nafikan ada juga terfikir kemungkinan isu disantau atau simptom penyakit kronik.

"Memandangkan saya hanya muntah sekali, insyaAllah ia bukan perkara yang serius," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Ditanya tidakkah dia mendapatkan rawatan di hospital susulan kejadian itu, pelakon yang bakal muncul dengan filem Mantera itu berkata, keadaannya kini beransur baik selepas mengambil ubat.

"Saya tak nafikan muntah darah agak banyak pada malam semalam (Isnin) tetapi ia hanya berlaku sekali sahaja.

"Selepas saya mengambil ubat, alhamdulillah keadaan sudah baik pada pagi ini. Kalau berlarutan tentu saya pergi hospital," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan