Sazzy Falak Hasilkan Pakaian Jenama Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sazzy Falak
Sazzy Falak

PETALING JAYA: Ketaksuban aktres dan pengacara Sazzy Falak terhadap fesyen telah memberikan ilham dan keyakinan kepadanya untuk melancarkan jenama pakaian sendiri pada Jun depan.

Pelakon berusia 31 tahun itu berkata idea untuk mengeluarkan jenama fesyen SF by SF (Street Fashion by Sazzy Falak) itu tercetus pada tahun lalu ketika dia sedang hamil dua puteri kembarnya, Iman Lilly dan Tiara Rose, 11 bulan.

“Saya suka pada konsep street fashion yang ringkas dan ranggi. Sebab itu saya memilih untuk mengetengahkan pakaian begini.

“Ia mampu dimiliki dan menawarkan pelbagai pilihan kepada kaum perempuan dari peringkat kolej sehingga awal 30-an,” katanya ketika dihubungi mStar Online, baru-baru ini.

Sazzy berkata sebagai permulaan, jenama SF by SF itu akan menawarkan skaf dan baju hasil lakarannya sendiri dengan kerjasama beberapa rakan.

“Keistimewaan jenama ini adalah kualiti fabrik yang digunakan dan harga yang serendah RM60 hingga RM120, manakala beberapa pakaian eksklusif rekaan saya akan dijual pada harga sekitar RM200.

“Sekarang saya tengah sibuk mengumpulkan rekaan yang bersesuaian sebelum ia dilancarkan nanti,” katanya yang merancang untuk menjual produk itu secara dalam talian terlebih dahulu.

Ditanya mengenai persaingan pasaran produk itu memandangkan sudah banyak jenama fesyen yang menawarkan konsep seumpama itu di pasaran, Sazzy berkata keunikan rekaannya mampu menawarkan pilihan berbeza kepada pengguna.

“Saya yakin jenama fesyen ini akan berbeza dan tersendiri daripada jenama-jenama sedia ada. Saya lakar rekaannya hasil daripada selera saya sendiri, pemerhatian dan rujukan daripada laman-laman fesyen di Internet.

“Apabila ia keluar nanti, orang akan boleh lihat ia adalah sentuhan saya,” kata isteri kepada pengacara dan usahawan Nazril Idrus ini.

Lakonan Sazzy dalam drama komedi Sopi Sekuriti kini disiarkan sejak 28 Februari lalu pada setiap Selasa pukul 10.30 malam di Astro Warna (saluran 132).

Dia turut mengacarakan program MyEG Xtra Time di samping Hannah Tan dan Diana Danielle pada setiap Jumaat pukul 8 malam di ESPN (saluran Astro 812) dan ESPN HD (saluran 832).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan