Qi Razali Kesal Tuduhan Disingkir Dari JJCM Kerana Yuna

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Qi Razali.
Qi Razali.

PETALING JAYA: Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Qushairi Razali atau Qi terkilan apabila ada dakwaan mengatakan dia disingkirkan daripada program itu kerana masalah disiplin.

Qi berkata, dia sebenarnya mengambil keputusan untuk menarik diri kerana ingin memberikan tumpuan kepada bidang lakonan.

"Saya tidak pasti mengapa ada dakwaan sedemikian kerana rasanya sepanjang tiga musim mengacarakan program tersebut, langsung tiada masalah antara saya dan pihak produksi TV3 malah hubungan saya masih baik dengan mereka sehingga kini.

"Keputusan meninggalkan program tersebut dibuat saya sendiri kerana ingin menumpukan perhatian kepada perkara lain dan tidak dapat memberikan komitmen kepada JJCM," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Qi berkata sebelum berundur daripada JJCM, dia diberitahu pihak produksi akan menukarkan konsep program tersebut dan mahu menggandingkannya dengan pelakon Taiyuddin Bakar yang sedang popular dengan drama Apa Celop.

Bagaimanapun katanya, dia tidak dapat memberikan komitmen memandangkan percanggahan jadualnya dengan pelakon tersebut.

"Sebelum saya memberi masalah kepada mereka lebih baik saya undur diri dan memberi laluan kepada muka baru tambahan pula konsepnya telah berubah," ujarnya.

Dalam pada itu, Qi turut terkilan apabila nama kekasihnya iaitu penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna turut terpalit dalam gosip berkenaan dan menganggap adalah tidak adil untuk wanita berkenaan dikaitkan dengan tuduhan itu.

"Jika betul pun saya ada masalah, adalah tidak patut untuk melibatkan Yuna hanya kerana kami berkawan," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai dua pengacara baru program JJCM iaitu Shiha (Mentor) dan Iqbal (Pilih Kasih), Qi berkata dia masih belum sempat untuk menontonnya tetapi ada membaca komen-komen peminat mengenai gandingan tersebut.

Qi berkata, dia bersimpati dengan mereka yang dikritik hebat dan penonton seharusnya memberi peluang untuk kedua-duanya menerajui program berkenaan dengan cara tersendiri.

"Penonton mungkin sudah terbiasa dengan konsep program sebelum ini yang menumpukan hanya dua atau tiga restoran dalam satu episod dan menampilkan seorang pengacara.

"Rasanya perubahan mendadak terhadap konsepnya telah membuatkan peminat setia program itu sedikit terkejut," ujarnya.

Dia berharap kedua-dua pengacara itu tidak cepat dan mengambil segala kritikan untuk memperbaiki mutu persembahan dalam JJCM.

"Saya sendiri mula-mula dulu ada orang kritik tetapi saya ambil itu sebagai satu pengajaran dan pembelajaran buat saya. Alhamdulillahlah lama-kelamaan orang akan mula menerima kita," katanya.

Dalam perkembangan lain, Qi ingin menumpukan perhatian terhadap dunia lakonan pada tahun ini dan sedang menjalani penggambaran beberapa buah drama termasuk Friday I'm In Love untuk siaran TV9 selain beberapa telefilem.

Bagaimanapun kata Qi, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang pengacaraan dan akan melakukannya jika ada tawaran.

"Buat masa ini saya ingin memberikan perhatian kepada dunia lakonan kerana sudah lama tidak berlakon tetapi itu tidak bermakna akan tinggalkan dunia pengacaraan," ujarnya.

Dia akan kembali ke set penggambaran program Art Attack pada bulan Jun depan untuk siaran Disney Channel (Astro saluran 615).

Qi sebelum ini turut terkenal dengan drama Blogger Boy dan Destinasi Bajet.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan