Billy Corgan Mahu Jadi Juri Rancangan Realiti

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Billy Corgan.
Billy Corgan.

PENYANYI kumpulan rock alternatif, Smashing Pumpkins iaitu Bill Corgan berhasrat untuk menjadi juri dalam program realiti seperti American Idol atau X-Factor.

Billy berkata, dia adalah calon paling sesuai untuk memberikan kritikan kepada penyanyi yang lahir daripada program tersebut terutamanya kepada peserta yang memilih genre rock dan metal.

"Saya tiada masalah dengan program nyanyian seperti itu tetapi ruang kepada penyanyi yang ingin membawa muzik rock cukup terhad. Ia sepatutnya seimbang dan saya ingin sekali menilai mereka," ujarnya.

Menjelas lanjut mengenai hasratnya itu, Corgan memberitahu dia terpanggil untuk menjadi juri kerana penyanyi yang memasuki pertandingan seperti itu tidak menjiwai lagu dengan baik dan hanya sekadar menyanyi untuk popular.

Saat ini juga Simon Cowell sedang mencari pengganti Paula Abdul dan Nicole Scherzinger yang sebelum ini adalah juri dalam program X-Factor.

Selepas Mariah Carey dan Beyonce, kini nama Britney Spears disebut-sebut bakal menyertai barisan juri namun masih tiada sebarang hitam putih mengenai perkara itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan