Rumah Tangga Faezah Elai Tenang Tanpa Gangguan

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faezah Elai
Faezah Elai

KUALA LUMPUR: Pelakon Faezah Elai memberitahu kehidupan rumah tangganya kini semakin diulit kebahagiaan dan ketenangan tanpa gangguan selepas enam bulan berkahwin dengan pengarah Heykal Hanifah.

Pelakon berusia 30 tahun itu berkata, dia langsung tidak terganggu atau melatah dengan kontroversi ketegangan hubungannya dengan bekas isteri pengarah drama itu ekoran tuduhan yang mendakwa dia sebagai punca keretakan perkahwinan lelaki itu sebelum ini.

“Sebenarnya sejak dari awal kontroversi ini tercetus, saya ambil pendekatan yang tenang dan relaks. Saya tidak melenting atau melatah kerana semua kekecohan itu bukan ditimbulkan oleh pihak saya.

“Terus-terang, saya bahagia dan tenang dengan kehidupan yang saya dan suami lalui sekarang. Tiada apa-apa gangguan atau perkara negatif yang mengganggu,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Faezah Elai berkahwin dengan Heykal Hanafah, 38, di kediaman keluarganya di Gelugor, Pulau Pinang pada 9 September tahun lalu.

Ditanya mengenai perancangan untuk mendapatkan anak, Faezah berkata walaupun dia tidak menolak seandainya dikurniakan anak, dia mengakui jadual kerjanya semakin padat sejak kembali aktif berlakon selepas beberapa bulan berehat.

“Kami tidak merancang anak. Cuma belum ada rezeki buat masa ini dan kami masih terus mencuba.

“Sekarang saya semakin sibuk dengan pelbagai komitmen lakonan. Saya kembali aktif berlakon kerana sudah puas berehat selepas berkahwin beberapa bulan lalu,” katanya.

Diminta mengulas mengenai kekecohan terbaru berhubung kemas kini status akaun Twitter suaminya yang didakwa tidak berpuas hati kepada pihak tertentu kerana terus mengganggu rumah tangga mereka, Faezah berkata dia enggan masuk campur dalam perkara itu.

“Ia (status) adalah akaun Twitter suami saya dan sebagai isteri saya tidak berani untuk beri sebarang komen,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Faezah yang bakal muncul dengan filem komedi terbaru, Jidin Sengal bermula 22 Mac ini berkata, dia berasa teruja dengan watak-watak komedi yang dterimanya kerana ia memberikan kepuasan dan mudha diterima penonton.

“Saya pun tidak perasan banyak menjayakan watak komedi. Mungkin kebetulan sahaja tetapi saya gembira terlibat dalam filem-filem komedi,” katanya.

Selain Faezah Elain, filem arahan Esmi Zahara itu turut membariskan Jue Aziz, Along (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Zach Diamond, Azrul (Raja Lawak), Mariani dan Hamid Gurkha.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan