Aremeer (Sofazr) Akui Kurus Selepas Putus Tunang

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aremeer (berkaca mata) bersama kumpulan Sofazr.
Aremeer (berkaca mata) bersama kumpulan Sofazr.

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Sofazr, Aremeer mengakui pertunangannya yang terputus sebelum ini telah meninggalkan impak besar sehingga membuatkan fizikalnya semakin kurus.

Penyanyi lagu Dan Bila Esok itu berkata, walaupun dia pernah memberitahu dia mahu menurunkan berat badan demi stamina sebagai penyanyi, Aremeer tidak menolak kekecewaannya akibat putus tunang turut memberikan perubahan drastik pada fizikalnya.

“Seperti yang pernah saya beritahu, saya memang mengamalkan diet untuk turunkan berat badan daripada 74 kilogram kepada 59 kilogram kini.

“Tapi saya tidak nafikan perasaan kecewa kerana putus tunang turut memberikan kesan pada kehidupan saya,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya mengenai pengganti, Aremeer berkata, susulan insiden itu, dia lebih selesa untuk bersendirian dan menyerahkan urusan jodoh kepada Tuhan, sebagaimana yang dinasihatkan ibunya.

“Saya masih kekal solo dan belum berpunya sehingga kini. Ibu nasihatkan saya tidak perlu bersusah payah untuk mencari teman wanita, biarkan saja dia datang sendiri.

“Kesibukan dengan urusan kerja membuatkan saya tidak terlalu memikirkan mengenai soal teman wanita,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Aremeer berkata kumpulan itu bakal kembali aktif pada tahun ini dengan lagu ‘single’ dan filem terbaru yang menunggu slot tayangan.

“Kami akan muncul dengan lagu ‘single’ terbaru hasil kolaborasi dengan KRU Studios. Ia berada di dalam peringkat perbincangan dan akan diputarkan pada tahun ini juga.

“Selain itu, filem pertama lakonan dan terbitan syarikat kami berjudul Sofazr The Movie: Jiwa Kacau juga akan ditayangkan pada tahun ini juga,” katanya yang bakal terlibat bersama Sofazr dalam program Versus di TV9.

Selain Sofazr, Versusakan mementaskan empat lagi kumpulan muzik iaitu Hujan, Sixth Sense, Go Gerila (gabungan Aizat Amdan dan Amir Jahari) dan Black Parallax (gabungan Black dan Meet Uncle Hussain).

Ia akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan