ALBUM BARU: Alunan Sensasi Imbas Memori Fauziah Latiff & Ziana Zain

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALBUM: ALUNAN SENSASI

PENYANYI: ZIANA ZAIN & FAUZIAH LATIFF

EDARAN: SONY MUSIC

TATKALA melihat kulit album ini, tergambar bagaimana dua diva yang pernah meniti saat kemasyhuran pada “empayar” tahun 1990-an sehingga menjadi fenomena terhadap kehebatan masing-masing.

Ziana Zain dengan gegar bibir dan mulut luasnya ketika mengalunkan Madah Berhelah sementara Fauziah Latiff bersama gaun kembangnya dalam sebuah pertandingan terbitan RTM.

Kedua-dua wanita ini mempunyai karisma tersendiri pada saat itu. Dan ketika ini, selepas bertahun memori indah itu ditinggalkan, mereka berdua digandingkan bersama.

Tapi bukan untuk sesuatu yang terbaru sebaliknya karya malar segar dicantum dalam satu. Satu itulah dinamakan Alunan Sensasi, Ziana Zain vs Fauziah Latiff.

Ketika penerbitan album dilihat jatuh merudum selepas adanya teknologi dan digital, pihak Sony Music percaya, himpunan lagu-lagu koleksi mampu mempengaruhi pasaran album pada ketika ini.

Dan cubaan menggabungkan dua diva ini dilihat antara langkah yang teratur dalam menghilangkan kerinduan terhadap peminat Ziana dan Fauziah Latiff atau Jee yang mungkin menantikan himpunan koleksi lagu-lagu mereka di dalam sebuah album.

Tiada apa yang terlalu menarik untuk diperkatakan kerana album ini hanya memuatkan lagu-lagu kompilasi yang pernah menjadi pujaan halwa telinga kita suatu masa dahulu.

Cuma hebatnya apabila 30 buah lagu yang diterapkan dalam dua buah cekera padat ini adalah sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki.

Tentu sekali Ziana Zain tidak terkecuali dengan lagu-lagu bernada tinggi seperti Madah Berhelah, Puncak Kasih, Setia Ku Korbankan, Kekal dan Berpisah Jua.

Sebaliknya irama-irama segar syahdu “dihidangkan” pula oleh Jee antaranya Dia, Enggan, Teratai Layu Di Tasik Madu dan Kau Merubah Segala.

Biarpun beberapa buah lagu Jee pernah dikaitkan dengan kisah peribadinya dahulu, itu semua tidak penting.

Sebaliknya alunan suara Jee tentunya dapat membangkitkan memori yang pernah menyimpan sejarah terhadap diri kita ketika lagu berkenaan dihasilkan.

Kepada peminat kedua-dua penyanyi ini, himpunan Alunan Sensasi adalah pilihan berbaloi.

mStar Online memilih Menadah Gerimis, Kemelut Di Muara Kasih dan Syurga Di Hati Kita sebagai pilihan untuk Ziana Zain sementara bagi Fauziah Latiff pula adalah lagu Aku Sebutir Pasir, Apa Sebnarnya dan Aku Masih Seperti Dulu sebagai koleksi wajib dengar.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan