'Versus' Bukan Tiru 'Mania'

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Hujan turut menyertai pertandingan Versus.
Kumpulan Hujan turut menyertai pertandingan Versus.

KUALA LUMPUR: Program realiti terbaru TV9, Versus tidak meniru atau mempunyai persamaan dengan program realiti Astro berjudul Mania, kata Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin.

Versus yang mementaskan lima kumpulan muzik iaitu Hujan, Sofazr, Sixth Sense, Black Parallax dan Go Gerila akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

Sherina berkata, pada dasarnya mungkin kedua-dua program berkenaan dilihat mempunyai asas yang sama iaitu pertandingan nyanyian di antara penyanyi-penyanyi profesional tetapi Versus mempertaruhkan konsep dan pengisian berbeza.

"Versus adalah tersendiri kerana ia mempertandingkan kumpulan-kumpulan muzik.

Penekanan program ini pada aspek komposisi lagu, persembahan dan kreativiti mereka dalam menyampaikan lagu sedia ada dengan nafas baru.

"Apa yang mahu ditonjolkan adalah susunan muzik dan aspek vokal menjadi perkara kedua. Malah, program ini juga tiada penyingkiran mingguan," katanya.

Sherina ditemui selepas pelancaran program itu di Publika, Solaris Dutamas, di sini, malam Khamis.

Seiring dengan visi TV9 yang mahu menawarkan lebih banyak kandungan kepada penonton muda, Sherina berkata program itu adalah sebuah lagi platform yang memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan muzik tanah air menyerlahkan kreativiti masing-masing.

"Kami rasa seronok apabila dua kumpulan baru ditubuhkan khas untuk program ini iaitu gabungan penyanyi Black dan Meet Uncle Hussein menerusi Black Parallax serta Aizat Amdan dan kumpulannya mengundang Amir Jahari menubuhkan Go Gerila.

"Ia juga adalah projek dan kolaborasi terbesar kami dengan Hot FM bagi 2012," katanya.

Ketika ditanya mengenai keyakinan stesen itu terhadap Versus dalam persaingan dengan Mania yang kebetulan bersiaran dalam tempoh yang berdekatan, Sherina berkata pihakya optimis pada kekuatan pengisian dan populariti peserta yang bertanding.

"Kelima-lima kumpulan ini kuat dan besar dalam dunia muzik tanah air. Saya tidak mahu membuat perbandingan atau anggap ia persaingan.

"Namun, saya yakin Versus mampu menjadi program signatur yang berjaya di TV9 kerana ia dihasilkan daripada formula dan format yang tersendiri," katanya.

Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional.

Ia membariskan penggiat muzik Jennifer Thompson selaku ketua juri, komposer Loque sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan mingguan.

Pada setiap minggu, setiap kumpulan perlu menggubah lagu lama yang diberikan mengikut tema tertentu.

Dalam tempoh seminggu, para peserta perlu membuat persiapan dan mempersembahkan lagu tersebut pada konsert mingguan sebagai medan penilaian.

Tempoh undian akan bermula pada setiap Jumaat pukul 10.30 malam selepas berakhir konsert mingguan sehingga Jumaat minggu berikutnya pada 12 tengah hari.

Versus yang menawarkan hadiah utama bernilai RM200,000 itu akan diacarakan oleh Aidid Marcello dan Hunny Madu.

Layari laman web rasmi www.tv9.com.my/vs untuk info lanjut.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan