Siti Nurhaliza Mahu Khidmat Bruno Mars & David Foster

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti Nurhaliza muncul dengan single terbaru berjudul Remember Me yang turut menampilkan Sean Kingston. Foto THE STAR Oleh YAP CHEE HONG.
Siti Nurhaliza muncul dengan single terbaru berjudul Remember Me yang turut menampilkan Sean Kingston. Foto THE STAR Oleh YAP CHEE HONG.

PETALING JAYA: Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merancang untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal Amerika Syarikat iaitu David Foster dan pasukan penulis lagu penyanyi, Bruno Mars iaitu The Smeezingtons untuk album Inggeris keduanya.

Beliau berhasrat untuk mendapatkan khidmat komposer dan penyanyi terkenal itu kerana menggemari lagu ciptaan mereka selain memberitahu album berkenaan dirancang untuk diterbitkan bagi pasaran antarabangsa.

"Album kedua itu masih lagi dalam peringkat perbincangan malah masih belum ada apa-apa persetujuan daripada pihak mereka lagi.

"Bagaimanapun jika hasrat itu dapat dilaksanakan ia akan menjadi satu batu loncatan untuk saya mengembangkan karier di peringkat antarabangsa," ujarnya kepada mStar Online.

Siti ditemui selepas menjadi tetamu segmen Ceria Pagi di Suria terbutan Suria FM di sini pada Khamis bagi mempromosikan single terbarunya, Remember You yang dimuatkan dalam album Inggeris pertama milik beliau berjudul All Your Love.

Siti bagaimanapun berkata, anak tirinya, Adib Khalid yang juga Pengarah Urusan syarikat What's Up Entertainment telah pun berkunjung ke Los Angeles, Amerika Syarikat semasa Anugerah Grammy baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan dengan wakil komposer dan penyanyi itu.

"Harap-harap apa yang dirancang akan menjadi kerana bukan senang untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal seperti David Foster," katanya.

Dalam pada itu, Siti turut berkongsi khabar gembira apabila album Inggeris sulungnya telah pun terjual sebanyak 40,000 unit sejak ia dilancarkan pada September tahun lalu dan 30,000 secara digital menerusi single pertama, Falling In Love.

Siti memberitahu, beliau juga memilih Remember Me sebagai single keduanya kerana lagu tersebut turut menampilkan penyanyi antarabangsa iaitu Sean Kingston selain muziknya yang senang ditangkap oleh pendengar.

"Sayang rasanya jika lagu itu tidak dikeluarkan sebagai single kerana ia turut menampilkan Sean Kingston tambahan pula ia mendapat perhatian daripada peminat," ujarnya.

Pihaknya juga kata Siti berharap dapat menghasilkan video muzik bersama penyanyi itu untuk tatapan peminat. Bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada ia dapat direalisasikan atau tidak kerana jarak dan jadual mereka yang berbeza.

"Sudah tentu saya ingin hasilkan video muzik untuk lagu itu tetapi jarak antara saya dan Sean mungkin menyukarkan proses penggambaran itu nanti.

"Bagaimanapun jika tidak dapat Sean kita mungkin akan buat cara lain," katanya.

Dalam perkembangan sama, Siti memberitahu, All Your Love dijangka memasuki pasaran di negara Singapura dan Indonesia selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini.

Ujar Siti, pihaknya sedang berusaha bagi memastikan semua peminat di negara berkenaan dapat memiliki album itu secepat mungkin.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan