Pekerja Swasta Menang RM9,700 Kerana 'Hukum Karma'

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pendengar Suria FM dari Pulau Pinang, Hasmah Yusof menerima replika cek bernilai RM9,700 daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin selepas berjaya meneka lagu Hukum Karma yang diberikannya dalam kuiz “Itu Aje” anjuran stesen radio Suria FM. - Foto THE STAR Oleh YAP CHEE HONG.
Pendengar Suria FM dari Pulau Pinang, Hasmah Yusof menerima replika cek bernilai RM9,700 daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin selepas berjaya meneka lagu Hukum Karma yang diberikannya dalam kuiz “Itu Aje” anjuran stesen radio Suria FM. - Foto THE STAR Oleh YAP CHEE HONG.

PETALING JAYA: Pendengar Suria FM dari Pulau Pinang, Hasmah Yusof tidak menyangka jawapan lagu Hukum Karma yang diberikannya dalam kuiz “Itu Aje” membawa tuah apabila dia berjaya membawa pulang wang tunai RM9,700 anjuran stesen radio itu.

Hasmah, 34, pekerja sebuah syarikat swasta memberitahu, petikan lagu yang dimainkan dalam kuiz itu berjaya dijawab dengan tepat apabila anaknya memberitahu ia adalah lagu Hukum Karma nyanyian kumpulan Wings.

“Pada mulanya suami saya, Azman Hassan telah menghubungi Suria FM dan memberi satu jawapan tetapi diberitahu ia adalah salah. Kemudian anak saya memberitahu petikan lagu tersebut adalah Hukum Karma dan dia meminta saya pula menghubungi studio Suria FM bagi menjawab soalan itu.

“Saya tidak menyangka, jawapan berkenaan sebenarnya membawa tuah kepada kami,” katanya kepada mStar Online selepas menerima cek kemenangannya yang disampaikan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bercerita mengenai kemenangan itu Hasmah berkata dia ingin menyimpan wang berkenaan untuk kegunaan pada masa hadapan selain mahu bercuti bersama suami dan tiga anak mereka di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halaman.

"Mereka yang paling gembira sekali dengan kemenangan ini jadi apa salahnya wang yang diperoleh itu dibelanjakan untuk membawa anak-anak bersiar-siar di Kuala Lumpur. Selain itu kami juga rasa bertuah kerana cek kemenangan disampaikan oleh Siti Nurhaliza," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kuiz “Itu Aje” sedang mencari pemenang baru dengan wang permulaan adalah RM100 dan akan terkumpul sekiranya pemanggil gagal meneka lagu apakah yang diputarkan oleh penyampai radio.

Selain itu juga, Suria FM akan memperkenalkan pertandingan terbaharu iaitu “Ketawa & Ceria di Suria, menang sehingga RM suku juta” bermula 19 Mac hingga 13 April depan.

Pendengar hanya perlu meneka dengan betul lima orang selebriti yang akan ketawa mengikut turutan dan 30 pendengar yang berjaya akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM250,000.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan