Lagu Westlife Jadi Perhatian Suri Rumah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Westlife.
Westlife.

KUMPULAN Westlife mendapat penghormatan apabila lagu mereka berjudul You Raise Me Up menjadi pilihan dan kegemaran golongan ibu di Britain.

Tinjauan yang dilakukan oleh MixPixie itu adalah bersempena Hari Ibu yang jatuh pada 18 Mac ini dengan melibatkan 100 ibu dan suri rumah tangga di Britain.

Westlife mengalahkan artis lain seperti Lionel Richie, ABBA, Rod Stewart, Whitney Houston dan Michael Jackson bagi kedudukan itu.

"Kami memutuskan untuk melakukan kajian ini untuk mengenal pasti apakah lagu kegemaran golongan ibu dan nyata You Raise Me Up menjadi pilihan," kata wakil dari MixPixie.

Lagu tersebut dicipta oleh Secret Garden's Rolf Lovland dan Brendan Graham turut dipopularkan oleh penyanyi dari Amerika Syarikat iaitu Josh Groban.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan