Dr Ezani Serba Salah Digelar 'Chef Selebriti'

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Ezani Farhana memegang replika cek kemenangannya bernilai RM100,000. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Dr Ezani Farhana memegang replika cek kemenangannya bernilai RM100,000. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Juara Masterchef Malaysia musim pertama Dr Ezani Farhana Md Monoto berkata jolokan 'chef selebriti' yang diberikan oleh peminat program realiti masakan itu telah menimbulkan perasaan serba salah kepadanya.

Wanita berusia 26 tahun itu berkata perasaan itu wujud kerana dia bukan seorang chef profesional tetapi sekadar meminati bidang masakan dan menjuarai pertandingan tersebut secara kebetulan.

"Saya jadi serba salah dan kekok kerana pencapaian ini belum sampai ke tahap yang melayakkan saya dipanggil sebegitu.

"Cuma kebetulan saya minat masakan dan ditakdirkan untuk menjuarai program itu. Apa pun ia satu penghargaan buat saya," katanya.

Dr Ezani berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian cek kemenangannya dalam program itu di restoran Binjai, di sini, Rabu.

Dr Ezani yang juga graduan pergigian dari Universiti Adelaide, Australia berkata sejak menjuarai program itu tiga bulan lalu, dia mula merasai pengalaman hidup yang berbeza.

"Saya berasa seronok apabila ramai orang mula bertegur sapa dan mengenali saya. Mereka menyatakan sokongan jika bertembung di mana-mana.

"Saya sedar bidang hiburan ini penuh cabaran tetapi ia memberikan pengalaman baru yang berbeza. Saya mahu terokai lebih banyak ilmu dalam bidang ini," kata anak bongsu daripada dua beradik ini.

Ketika ditanya mengenai perancangannya dengan wang kemenangan yang bernilai RM100,000 itu, Dr Ezani berkata dia akan menyimpan wang itu untuk kegunaan pada masa hadapan.

"Saya akan simpan wang itu untuk masa depan. Mungkin juga saya akan bawa ibu bapa pergi bercuti.

"Kalau diizinkan, saya juga menyimpan angan-angan untuk membuka sebuah kafe yang menghidangkan makanan pencuci mulut seperti pastri dan kek," katanya yang merancang untuk menerbitkan buku resipi sendiri kelak.

Selepas bergelar juara program tersebut, Dr Ezani kini terikat di bawah Pengurusan Artis Astro selama tiga tahun.

Dia juga bakal mengacarakan sebuah program bercorak kembara masakan tidak lama lagi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan