Mamat (Sepah) Tidak Lagi Bermusuh Dengan Fida

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mamat menjelaskan hubungannya dengan Fida sudah kembali baik.
Mamat menjelaskan hubungannya dengan Fida sudah kembali baik.

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mamat memberitahu hubungannya dengan bekas kekasih iaitu pelakon Fida Ibrahim yang sebelum ini tegang sudah kembali pulih.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berkata, kedua-dua mereka telah melupakan semua kisah yang pernah berlaku sebelum ini dan saling bermaaf-maafan atas satu insiden yang melanda mereka.

"Alhamdulillahlah semua persengketaan sebelum ini telah kembali jernih seperti sedia kala dan hubungan kami berada di tahap baik ketika ini," ujarnya kepada mStar Online.

Mamat ditemui ketika pelancaran filem animasi terbaru Bola Kampung The Movie di sini pada Selasa.

Bagaimanapun kata Mamat, hubungan yang kembali jernih itu tidak bererti mereka telah bercinta semula tetapi menyifatkan hubungan berkenaan hanyalah sekadar rakan baik.

Mamat menjelaskan, selepas peristiwa tersebut, dia merasakan dirinya lebih selesa berkawan dengan Fida dan berharap masyarakat tidak akan tersalah anggap jika terserempak dengan mereka pada masa akan datang.

"Dia berhak berasa marah dengan apa juga yang berlaku sebelum ini tetapi kini semuanya telah tinggal sejarah dan kami masing-masing telah bercakap dari hati ke hati mengenai kejadian tersebut dan menyelesaikannya dengan baik.

"Kini hubungan kami lebih baik daripada sebelum ini dan biarlah hanya saya dan dia yang mengetahui apa yang berlaku," katanya.

Sebelum ini, kecoh apabila gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi tersebar di laman-laman blog hiburan tempatan dan Mamat mengakui telah memuat naik gambar itu dalam laman Facebook miliknya tanpa kebenaran kekasihnya itu.

Kejadian itu telah menyebabkan hubungan kedua-dua mereka retak sehingga menyebabkan Fida mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka berdua.

Dalam pada itu, menjawab mengenai pengganti Fida dalam hidupnya, Mamat berkata, buat masa ini dia selesa hidup bersendiri dan ingin memberi tumpuan kepada kerjaya seninya.

Tambah Mamat, selepas beberapa kontroversi yang dilalui sehingga hampir memusnahkan kerjaya seninya, Mamat tidak lagi boleh mengambil sikap sambil lewa terhadap perkara yang boleh menyebabkan perkara itu berlaku.

"Sebelum ini saya banyak main-main sehingga orang kecam saya dengan pelbagai perkara dan terlalu terbuka dengan orang- di sekeliling saya.

"Jadi sudah sampai masanya saya perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara buat masa ini iaitu kerjaya kerana ia lebih penting daripada perkara lain," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia dan Fida akan kembali bercinta memandangkan hubungan baik mereka ketika ini, Mamat berkata jika jodoh di antara mereka masih kuat dia tidak menolak kemungkinan itu.

"Sebelum kejadian gambar tu hati kami memang saling terpikat antara satu sama lain, dan bagi saya sendiri sehingga sekarang rasa terpikat itu masih ada cuma keadaan kini telah berbeza.

"Namun kalau memang jodoh saya dengan dia siapa saya untuk menolak," ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan