Ezlynn Ingin Anak Segera Selepas Empat Bulan Kahwin

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ezlynn ingin menimang cahaya mata secepat mungkin.
Ezlynn ingin menimang cahaya mata secepat mungkin.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye memberitahu ingin menimang cahaya mata secepat mungkin jika diberi rezeki oleh Allah.

Ezlynn, 31, berkata, dia telah bersedia untuk bergelar sebagai seorang ibu dan tidak mahu menunggu lama untuk berbuat demikian.

"Saya harap dah ada 'isi' tapi masih belum rezeki kami berdua lagi tetapi saya sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat," ujarnya kepada mStar Online.

Ezlynn ditemui ketika pelancaran filem animasi terbaru Bola Kampung The Movie di sini pada Selasa.

Tambah Ezlynn, jika diizinkan, dia dan suaminya, Adam Fahmi ingin memiliki keluarga yang besar tambahan pula kedua-dua mereka sukakan kepada kanak-kanak.

"Adik-beradik saya yang lain semua sudah berkahwin dan mempunyai anak. Selalunya saya menumpang kasih dengan mereka. Sebab itu juga saya ingin cepat dapatkan anak kerana seronok melihat keletah anak-anak saudara," katanya.

Ezylnn dan Adam, 35, yang juga pengurusnya bernikah pada 21 November tahun lalu yang diadakan di Sime Darby Convention Centre di sini.

Dalam pada itu, Ezlynn memberitahu dia dan Adam masih belum sempat berbulan madu kerana sibuk dengan pelbagai undangan nyanyian yang ada di antaranya telah pun dipersetujui sebelum mereka berkahwin lagi.

Bagaimanapun kata Ezlynn, dia dan suaminya akan berkunjung ke Pulau Pangkor, Perak sebagai pra bulan madu sebelum terbang ke Eropah untuk bercuti.

"Masih belum tahu bila nak pergi kerana terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan dan suami pun tak boleh nak marah kerana semua tugasan itu dia yang tempah untuk saya," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam filem animasi Bola Kampung The Movie, Ezylnn memberitahu dia teruja dapat meminjamkan suaranya untuk watak utama filem itu yang bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

Katanya, walaupun gementar untuk memulakan proses rakaman suara tetapi dia yakin dapat melakukan terbaik untuk filem itu.

"Paling menarik watak yang diberikan kepada saya adalah seorang budak lelaki bernama Iwan dan itu telah membuatkan saya sedikit gemuruh kerana perlu menukar gaya suara.

"Nasib baik pihak produksi ada menyediakan seorang jurulatih untuk memberikan panduan dalam membina watak untuk Bola Kampung The Movie," ujarnya.

Selain Ezylnn, filem itu turut menampilkan 13 pelakon popular yang turut meminjamkan suara mereka seperti Deanna Yusoff, Harun Salim Bachik, Mamat (Sepah), Douglas Lim, dan Afdlin Shauki.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan