300 Peminat Berkumpul Tonton Episod Akhir Vanila Coklat

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon drama bersiri Vanila Coklat bergambar kenangan dengan semua peminat yang hadir menyaksikan episod akhir drama itu di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini pada malam Selasa. Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN.
Barisan pelakon drama bersiri Vanila Coklat bergambar kenangan dengan semua peminat yang hadir menyaksikan episod akhir drama itu di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini pada malam Selasa. Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN.

PETALING JAYA: Hampir 300 peminat drama Vanila Coklat berkumpul di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini untuk menyaksikan episod terakhir siri itu pada malam Selasa.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, tayangan episod akhir bersama peminat itu dibuat kerana sambutan dan sokongan peminat sekali gus mencatatkan jumlah kadar penonton yang tinggi.

"Pihak TV3 ingin menghargai peminat dalam satu tayangan istimewa drama bersiri itu bersama-sama para pelakonnya," ujarnya kepada mStar Online.

Semua barisan pelakon Vanila Coklat iaitu Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza, Iqram Dinzly, Bella Daly, Liza Abdullah, Zuhairi Ibrahim, Arash Mohd, Emma Akma dan Fazlina Ahmad Daud turut bersama-sama sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong drama berkenaan.

Pada majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan pembuka tirai oleh Aepul daripada kumpulan Drama.

Dalam pada itu, rata-rata peminat yang ditemui menyatakan rasa seronok dan gembira dapat bertemu dengan artis pujaan mereka.

Malah, selepas habis tayangan episod akhir drama itu, peminat menyerbu semua pelakon terlibat untuk merakamkan gambar bersama mereka.

Sementara itu, Aiman ketika ditemui selepas tayangan itu berkata, dia tidak menyangka sambutan peminat terhadap drama tersebut begitu luar biasa dan bersyukur kerana Vanila Coklat diterima ramai.

Manakala Izara pula memberitahu, sokongan peminat terhadap drama lakonannya itu telah membangkitkan lagi semangatnya sebagai pelakon untuk terus memberikan terbaik buat peminatnya.

"Walaupun saya datang agak lewat sedikit saya langsung tidak menyangka sokongan dan sambutan peminat begitu luar biasa," ujarnya.

Drama Vanila Coklat adalah terbitan Asia Media Content dibawah arahan Emi Suffian Sabhe yang mengisahkan tentang Zara dan Amir yang sering bertengkar tetapi ingin dijodohkan oleh ibu bapa mereka.

Sementara itu pihak TV3 memberitahu episod akhir siri itu mencatat rating 4.5 juta penonton.

Bagi menggantikan slot berkenaan drama terbaru iaitu 3 Janji akan muncul bermula 20 Mac depan, setiap Selasa pukul 9 malam.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan