Robert Pattinson-Kristen Stewart Bergaduh

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kristen Stewart dan Robert Pattinson.
Kristen Stewart dan Robert Pattinson.

SELAMA ini pasangan Robbert Pattinson dan Kristen Stewart jarang mendedahkan mengenai kisah cinta mereka kepada umum.

Namun keadaan bertukar apabila pasangan itu dilaporkan bergaduh besar pada minggu lalu ketika bercuti di Paris.

Contactmusic melaporkan, ketika mereka ingin pulang ke Los Angeles, satu masalah telah berlaku sehingga menyebabkan kedua-dua mereka tidak bercakap semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang.

"Kristen memarahi Rob di khalayak pada sebuah majlis sehingga menyebabkan pelakon Twilight itu malu dan menahan marah kepada kekasihnya.

"Mereka juga sempat bergaduh di tempat kejadian dan langsung tidak bercakap selama 12 jam," ungkap sumber kepada The Daily Star.

Sumber tersebut memberitahu, pertengkaran yang berlaku itu bukan kali pertama kerana Kristen sering menggunakan kata-kata kasar kepada Rob sehingga menyebabkan pertengkaran di antara mereka.

"Itu cara mereka kalau masing-masing marah, akan berdiam diri tanpa berkata apa-apa namun sikap Kristen sering membuatkan Rob naik angin," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan