Mel C Mahu Lebih Ramai Anak

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mel C
Mel C

LONDON: Bekas anggota kumpulan Spice Girls, Melanie C atau nama sebenarnya, Melanie Jayne Chisholm berkata pengalaman memiliki seorang lagi anak bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.

Dia kini mempunyai seorang anak perempuan, Scarlet yang berusia tiga tahun.

“Saya mahu lebih ramai anak! Saya mahu sekurang-kurangnya seorang lagi anak tapi kita tidak tahu apa yang ditentukan dalam hidup ini.

“Jadi saya berharap agar dikurniakan seorang lagi pada masa akan datang,” kata penyanyi berusia 38 tahun itu seperti dipetik laman web femalefirst.co.uk.

Melanie turut berkata, dia sangat menyenangi pengalaman bergelar ibu tetapi menghadapi kesukaran untuk mengimbangi antara kerjaya dan menjaga Scarlet.

Melanie berkata dia gembira menjalani kehidupan dengan kekasihnya Thomas walaupun tanpa ikatan perkahwinan, malah dia berhasrat untuk mengembangkan keluarganya.

Ketika ditanya adakah dia mempunyai perancangan untuk berkahwin, Melanie berkata: “Tidak, tiada perancangan tentang itu (perkahwinan). Kami bahagia dengan kehidupan yang dijalani sekarang.

“Kami pernah bercakap mengenai perkara itu tetapi kami senang dengan cara kehidupan pada waktu ini.” - IANS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan