Gandingan Bersama Johan Lonjak Populariti Ray & Hanif

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Trio pagi Era FM, Johan (kiri), Ray dan Haniff (depan) dalam segmen Johara Pagi Era. - Foto oleh SAMUEL ONG
Trio pagi Era FM, Johan (kiri), Ray dan Haniff (depan) dalam segmen Johara Pagi Era. - Foto oleh SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Dua penyampai segmen Johara Pagi Era di radio Era RM, Ray dan Haniff berkata gandingan dengan pelawak dan pengacara Johan (Raja Lawak) dalam segmen pagi itu lebih melonjakkan populariti mereka berbanding sebelum ini.

Ray atau nama sebenarnya Shah Reza Mohd Shah, 32, berkata perkara itu berlaku kerana pendekatan kerja yang digunakan dalam mengemudi slot pagi itu memberikan ruang dan keseimbangan kepada mereka untuk sama-sama menonjol.

“Jika sebelum ini ketika bergandingan dengan Pak Nil (Aznil), kami jadikan tempoh itu untuk mempelajari selok-belok pengendalian radio. Sebab itu, kami lebih selesa berada di belakang Pak Nil.

“Kini selepas hampir dua tahun, kami menggunakan pendekatan yang lebih santai apabila bekerja dengan Johan memandangkan faktor umur yang tidak jauh beza.

“Daripada keserasian itu, kami berdua mempunyai ruang yang seimbang untuk lebih menonjol di udara,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Haniff atau nama sebenarnya Haniff Hamzah, 27, pula berkata keserasian dan fleksibiliti gandingan tersebut yang bermula secara rasmi pada Januari lalu membolehkan mereka bekerja secara santai namun sentiasa peka pada perkara-perkara sensitif.

“Bagi saya, gandingan kami bertiga memang cukup ‘cantik’ dan serasi. Kebiasaannya, apabila Johan atau Ray berceloteh saya akan lebih relaks bagi mengimbangi keadaan, sekaligus menjadi saya lebih peka terhadap jenaka yang diketengahkan agar tidak melanggar isu-isu sensitif.

“Saya akui pengaruh dan populariti Johan melonjakkan kami kepada kelompok pendengar yang lebih luas kerana kami mempunyai peranan masing-masing bagi menjayakan segmen itu,” kata bekas penyampai XFresh FM ini.

Walaupun mereka berasa gembira dengan respons pendengar setakat ini, Ray berkata, mereka mengamalkan sistem analisa bulanan bagi menilai prestasi semasa.

“Kami tidak mahu berasa selesa dan hanyut dengan sambutan pendengar. Sebab itu kami jalankan analisa bersama pendengar pada setiap bulan bagi mendapatkan pandangan positif dan negatif mereka mengenai kerja kami.

“Saya rasa sistem ini belum digunakan pada stesen radio lain lagi. Sistem ini banyak membantu kami untuk memperbaiki kekurangan dan meningkatkan kualiti,” katanya.

Terbaru, Haniff berkata, mereka mengajak pendengar untuk menguji kebolehan dengan menggunakan suara menerusi peraduan Bakat Johara yang akan bermula pada 19 Mac hingga 13 April depan.

“Bermula 19 Mac ini, kami mencari pemanggil untuk menunjukkan bakat mereka menggunakan suara seperti nyanyian, mainan alat muzik, sketsa, lawak dan sebagainya.

“Pemenang harian akan dipilih oleh pendengar melalui undian di Facebook Era. Hadiah utama pada peringkat akhir nanti bernilai RM50,000,” katanya.

Untuk info lanjut lanjut, layari laman web Era FM di www.era.fm.

Trio ini bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi di Era FM.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan