'The Secret Life of Nora' Terima 12 Pencalonan Anugerah Seni Boh Cameronian Ke-9

Diterbitkan: Ahad, 11 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roger Foss (Ryan Silverman, kiri) dan Farouk (Tony Eusoff, kanan) cuba meyakinkan Nora untuk menerima tawaran sebagai ejen perisik.
Roger Foss (Ryan Silverman, kiri) dan Farouk (Tony Eusoff, kanan) cuba meyakinkan Nora untuk menerima tawaran sebagai ejen perisik.

PETALING JAYA: Kejayaan teater muzikal The Secret Life of Nora yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 29 September hingga 16 Oktober tahun lalu nyata membuahkan hasil apabila menerima 12 pencalonan dalam Anugerah Seni Boh Cameronian kali ke-9.

Pementasan muzikal yang diterajui oleh Datin Seri Tiara Jacquelina itu menerima pencalonan dalam kategori seperti Koreografer Terbaik, Muzik Asal Terbaik, Lirik/Buku Asal Terbaik, Arahan Muzikal Terbaik, Persembahan Pakaian Terbaik, Set Pentas Terbaik, Kostum dan Solekan Terbaik, Kesan Bunyi Terbaik dan Kesan Cahaya Terbaik.

Manakala The Secret Life of Nora turut menerima pencalonan dalam kategori Arahan Terbaik menerusi pengarahnya, Steven Dexter bersaing dengan calon lain iaitu Joanna Bessy (Dreamgirls), Pat Ibrahim (Terima Kasih Cinta) serta Harith Iskandar dan Hans Isaac (Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal).

Dalam pada itu, bagi kategori Pelakon Utama Terbaik, Ryan Silverman bersaing disamping Awie menerusi teater muzikal Lat Kampung Boy Sebuha Muzikal dan Tabitha Kong dalam The Last Five Years.

Manakala, Stephanie Van Driesen dan Adibah Noor masing-masing menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik dalam persembahan cemerlang mereka dalam The Secret Life of Nora.

Bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Annugerah Boh Seni Cameronian diadakan bagi memberi penghargaan kepada semua penggiat seni dalam bidang teater, teater muzikal dan lakonan dan ia dianjurkan oleh kakiseni.com.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan