Pementasan ‘Broadway Bites’ Lonjak Kumpulan Teater Kecil

Diterbitkan: Ahad, 11 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres Sabrina Hassan bertindak sebagai pengarah dan penulis teater muzikal Broadway Bites yang bakal dipentaskan pada 14 hingga 18 Mac ini di Auditorium DBKL. - Foto oleh RAYMOND OOI
Aktres Sabrina Hassan bertindak sebagai pengarah dan penulis teater muzikal Broadway Bites yang bakal dipentaskan pada 14 hingga 18 Mac ini di Auditorium DBKL. - Foto oleh RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Pengarah muzikal BroadwayBites (BB) Sabrina Hassan berharap pementasan teater keempat arahannya itu bakal diterima ramai dan sekali gus membawa perubahan kepada landskap kumpulan teater kecil di Malaysia.

Teater berbahasa Inggeris itu bakal dipentaskan pada 14 hingga 18 Mac ini di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Aktres berusia 33 tahun itu berkata sebagai penggiat seni dia tidak pernah berputus asa dengan perkembangan teater berskala kecil dan sederhana walaupun ia menerima sambutan yang dingin daripada masyarakat.

“Sebenarnya dunia teater bukanlah sesuatu yang asing. Sejak dulu lagi kita sudah ada makyung, wayang kulit dan sebagainya. Cuma, penerimaan masyarakat belum menyeluruh khususnya terhadap teater kecil dan sederhana.

“Sebagai penggiat, saya akan terus berusaha memupuk minat agar lebih ramai penonton yang sanggup membayar untuk sesebuah pementasan berbanding hanya mengharapkan tiket percuma semata-mata,” katanya ketika ditemui mStar Online di Menara Star, di sini, Jumaat.

Pelakon filem Misteri Jalan Lama itu berkata, dia dan tenaga kerja di bawah produksi Farah Sulaiman & Friends tidak pernah lelah menghasilkan teater yang lebih berkualiti dan menarik walaupun berdepan kekangan dana.

“Untuk teater BB, kami semua bekerja dengan bayaran wang sagu hati sahaja. Isu bayaran yang kecil bukan alasan untuk tidak melakukan yang terbaik dalam teater ini.

“Apa yang penting, dalam kekurangan itu kami mahu mempersembahkan teater yang berwarna-warni, meriah dan menghiburkan, berbaloi dengan wang yang penonton belanjakan nanti,” katanya.

Katanya lagi, kekurangan itu tidak menghalang niat murni produksi mereka untuk menyalurkan keseluruhan kutipan pementasan itu kepada tabung Projek Hati Nurani - Program Sekolah Dalam Hospital yang dinaungi isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Datin Noorainee Abdul Rahman.

Teater yang menjalani latihan sejak Disember tahun lalu itu bakal dipentaskan selama satu setengah jam dengan menampilkan 18 lagu popular yang merangkumi era muzik Broadway, klasik 80-an dan rock.

Antaranya termasuklah lagu-lagu daripada muzikal We Will Rock You, Chicago, Footloose, Bye Bye Birdie, West Side Story, Hairspray, Les Miserables dan banyak lagi.

BB berkisar tentang empat remaja Theo, Kate, Nick dan Lulu dalam persediaan untuk membuat persembahan pertandingan akhir sebuah kelab ria remaja (glee club).

Sarat dengan dialog yang mencuit hati dan persembahan tarian serta nyanyian yang berwarna-warni, teater ini membariskan Mae Elliessa, Alia Rasdi, Aaron Khaled, Benjamin Lin, Dominic Luk, Nadia Aqilah, Johan Yusof, Surayyn dan ramai lagi.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket yang berharga RM53 (pertunjukan siang), RM63, RM83 dan RM103 (pertunjukan malam biasa) dan RM123, RM153 dan RM203 (malam gala), layari www.ticket2u.biz atau hubungi 03-4147-8600.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan