Jamal Abdillah Buka Rahsia Jadi Lebih Mesra

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jamal Abdillah
Jamal Abdillah

KUALA LUMPUR: Penyanyi Jamal Abdillah memberitahu perubahan dirinya yang dilihat lebih mesra di berhadapan khalayak sejak kebelakangan ini adalah sikap sebenarnya yang tersembunyi selama ini.

Penyanyi berusia 53 tahun itu berkata, selama ini dia dianggap sebagai seorang penyanyi yang sukar didekati kerana karakter yang pendiam dan serius.

"Hakikatnya, sikap mesra dan suka bergurau ini memang ada dalam diri saya sejak dulu lagi.

"Cuma mungkin kerana saya tidak banyak berbual dan pendiam membuatkan orang beranggapan saya seorang yang serius," katanya.

Jamal berkata selepas lebih tiga dekad menceburi bidang seni, dia perlu mengambil pendekatan itu bagi mengukuhkan hubungan dengan para peminat.

"Saya adalah penghibur dan peminat adalah nadi kerjaya saya selama ini. Untuk terus kekal bertahan, saya perlu memikat peminat dengan menjadi diri sendiri dan membuatkan mereka berasa lebih dihargai," katanya.

Terbaru, Jamal bakal berkongsi pentas dengan tiga penyanyi legenda tanah air iaitu Amy (Search), Datuk Sheila Majid dan Zainal Abidin dalam konsert The Legendary Concert pada Mei depan.

Konsert sebanyak lima siri itu bakal menjelajah ke lima negeri iaitu di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Mei depan, Pulau Pinang (19 Mei), Johor Baru (26 Mei), Kuching (23 Jun) dan berakhir di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (30 Jun).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan