Shaharuddin Thamby Ambil Iktibar Masalah Rumah Tangga

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shaharuddin Thamby.
Shaharuddin Thamby.

PETALING JAYA: Pelakon Shaharuddin Thamby menjelaskan masalah yang berlaku terhadap rumah tangganya sebelum ini adalah sebagai satu pengajaran dan iktibar paling besar dalam hidupnya sejak 33 tahun mendirikan rumah tangga.

Shaharuddin berkata, dia tidak pernah terkilan dengan kejadian yang menimpa tetapi yakin masih berkemampuan untuk terus memimpin keluarga dan anak-anak.

"Semua yang berlaku di antara saya dan isteri sebelum ini biarlah ia kekal menjadi rahsia buat kami berdua kerana banyak pengajaran dapat saya belajar daripada peristiwa itu walaupun telah berumah tangga selama 33 tahun.

"Kejadian itu juga telah memberikan saya lebih keyakinan pada diri untuk tidak patah semangat dalam meneruskan kehidupan dan memperbaiki apa yang terkurang sebelum ini dalam rumah tangga kami," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum ini isteri pelakon itu Nor’Aini Muhammad, 52, pernah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini tetapi kes berkenaan dibatalkan apabila kedua-dua pihak dapat berunding secara baik.

Bercakap mengenai kehidupan mereka suami isteri selepas kejadian pahit itu, Shaharuddin berkata, mereka masih menjalankan tanggungjawab masing-masing dan lebih sensitif terhadap kehendak kedua-dua belah pihak.

Katanya, pada usia begini dia dan isterinya lebih banyak bertoleransi dan saling bantu membantu agar dapat mengeratkan lagi hubungan mereka.

"Kini saya lebih berhati-hati apabila berkata sesuatu kepada isteri kerana tidak mahu dia berkecil hati atau salah faham dengan apa yang ingin disampaikan.

"Selebihnya kami seperti pasangan suami isteri lain yang saling sayang menyayangi dengan menjalankan tanggungjawab masing-masing," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kelibatnya yang dilihat di Hospital Kuala Lumpur sebelum ini, Shaharuddin berkata dia menjaga bapanya iaitu Thamby Mohd Jan, 76, yang telah meninggal dunia kira-kira sebulan lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Dalam perkembangan lain, Shaharuddin memberitahu walaupun telah mencecah usia 54 tahun tetapi rezekinya dalam bidang lakonan masih murah dan sentiasa sibuk di lokasi penggambaran.

Dia bakal muncul dengan beberapa projek seperti drama bersiri 20 episod berjudul Bonda untuk siaran TV3, Big Foot (Astro), Kirana dan Pesona Kasih untuk RTM.

"Alhamdulillahlah walaupun dah 'senja' orang masih minat nak ambil saya berlakon dan saya kira itu adalah rezeki saya kerana dalam industri ini bukan mudah untuk kekal lama. Jadi apabila diberikan peluang, saya gunakan sebaik yang mungkin," katanya.

Dia juga tidak terlalu memilih watak tetap cuba untuk mengelak daripada menerima tawaran seperti perogol, penjahat dan sebagainya.

Menurutnya, selain sudah tidak sesuai dengan usia, dia juga perlu menjaga hati keluarga dan ingin memberi contoh baik kepada mereka.

"Rasanya tak sesuai dengan usia begini nak bawa watak perogol tambahan malu pula jika ia ditonton oleh ahli keluarga," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan