Pengarah Bangga ‘SeeFood’ Disamakan Dengan ‘Finding Nemo’

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara babak filem animasi SeeFood.
Antara babak filem animasi SeeFood.

PETALING JAYA: Pengarah filem animasi SeeFood, Goh Aun Hoe berasa bangga apabila penonton menyamakan filem itu dengan filem animasi Hollywood Finding Nemo (2003).

Menurut Goh, perbandingan tersebut memberikan gambaran positif bahawa filem animasi tempatan berbahasa Inggeris pertama itu mempunyai standard dan mutu yang tinggi sebaik karya luar.

“Tentulah saya berbangga apabila penonton menyamakan SeeFood dengan filem sehebat Finding Nemo. Ia menunjukkan segala kerja keras kami dalam menghasilkan filem ini menjadi dan berkesan pada visual,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Katanya, persamaan tersebut mungkin timbul kerana kedua-dua filem itu mengangkat perwatakan ikan dan air sebagai tema utama, namun secara keseluruhannya, kedua-dua animasi tersebut mempunyai jalan cerita yang berbeza.

“Saya tidak bimbang pun jika ada yang mengatakan kami meniru konsep Finding Nemo atau mana-mana animasi lain kerana pada hakikatnya kebanyakan filem dalam dunia akan menyentuh subjek atau tema yang lebih kurang sahaja.

“Cuma isu tarikh tayangan sahaja yang membuatkan orang mendakwa kami ikut konsep filem itu. Jika SeeFood ditayangkan dulu, mungkin orang akan berkata sebaliknya,” katanya.

Goh berkata, sebagai percubaan sulungnya dalam bidang ini dia berharap agar filem itu mendapat sokongan daripada penonton bagi merancakkan lagi perkembangan senario animasi tanah air.

“Saya sedar masyarakat kita mempunyai sikap skeptikal pada karya atau produk tempatan. Mereka sering bersikap prejudis sebelum memberikan peluang kepada sesebuah produk itu.

“Bagaimanapun, penerimaan yang semakin baik pada animasi tempatan kebelakangan ini menunjukkan petanda positif bahawa penonton kita sudah semakin terbuka untuk menyokong karya tempatan asalkan produknya berkualiti,” katanya.

Filem yang berlatarkan eko-sistem kita ini mengisahkan mengenai seekor anak jerung bernama Pup suara oleh Gavin Yap yang mempunyai misi untuk mencari sekumpulan pemburu haram yang telah mencuri sebilangan telur dari kawasan perairannya.

Ia memaksa Pup melalui pengembaraan yang penuh aksi lucu bukan sahaja di dalam air, malahan di darat.

Pup berusaha untuk menyelamatkan abang-abang dan kakaknya tanpa memikirkan keselamatan nyawa sendiri. Pup tiba di dunia daratan Man. Di daratan, Pup tidak menyangka bahaya turut menantinya.

Bimbang akan keselamatan Pup, Julius (Diong Chae Lia), seekor jerung berinsang putih muncul dengan misi untuk menyelamatkan kawan karibnya. Pup dan Julius memakai sut khas supaya mereka berupaya mengembara di daratan.

Filem terbitan Silver Ant Production ini memulakan proses penerbitan pada Januari 2010 dan mengambil masa selama 2 tahun empat bulan untuk disiapkan.

SeeFood yang menggunakan khidmat 35 pelukis animasi ini ditayangkan di pawagam bermula pada hari ini.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan