Konsert Artis Legenda Masih Relevan - Zainal Abidin

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

(Dari kiri) Zainal Abidin bersama tiga lagi penyanyi hebat tanah air iaitu Datuk Sheila Majid, Amy Search dan Jamal Abdillah pada pelancaran konsert The Legendary Concert, di sini, petang Rabu. - Foto oleh BRIAN MOH
(Dari kiri) Zainal Abidin bersama tiga lagi penyanyi hebat tanah air iaitu Datuk Sheila Majid, Amy Search dan Jamal Abdillah pada pelancaran konsert The Legendary Concert, di sini, petang Rabu. - Foto oleh BRIAN MOH

KUALA LUMPUR: Penyanyi Zainal Abidin percaya penganjuran siri konsert The Legendary Concert 2012 bermula 5 Mei depan masih relevan kerana dapat mengembalikan semula kemeriahan senario konsert berbayar di negara ini.

Selain Zainal sendiri, ia bakal menghimpunkan Amy (Search), Datuk Sheila Majid dan Jamal Abdillah.

Zainal yang juga penganjur bersama konsert itu berkata perubahan pada situasi perniagaan dan pasaran muzik di Malaysia yang semakin kecil dan merudum pada hari ini dipengaruhi oleh lambakan konsert-konsert percuma.

Katanya, sebagai artis yang berpengalaman dia berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi mengubah persepsi dan sikap masyarakat untuk sanggup membayar bagi sesebuah persembahan atau konsert itu.

“Sudah terlalu lama sejak kali terakhir konsert-konsert berbayar artis kita mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat.

"Pasaran konsert penyanyi kita juga tidak besar, sebab itu muncul idea untuk gabungkan empat nama ini dalam satu persembahan. Saya yakin peminat sanggup untuk membayar jika ia membabitkan artis-artis yang besar dan hebat.

“Usaha ini adalah permulaan, saya berharap ia dapat merancakkan semula senario konsert berbayar di kalangan generasi hari ini pula,” katanya.

Penyanyi berusia 53 tahun itu ditemui selepas pelancaran konsert tersebut di Hard Rock Cafe, di sini, petang Rabu.

Konsert sebanyak lima siri ini bakal menjelajah ke lima negeri bermula di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Mei depan, Pulau Pinang (19 Mei), Johor Baru (26 Mei), Kuching (23 Jun) dan berakhir di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (30 Jun).

Ketika ditanya sejauh mana konsert itu mampu menyuntik perubahan pada landskap konsert berbayar di sini, Zainal berkata dia percaya generasi peminat muzik pada era 1980-an dan 1990-an yang kini sudah menjalani kehidupan stabil dan berkeluarga mampu menyampaikan mesej itu kepada anak-anak mereka.

“Menerusi peminat-peminat muzik pada era kami yang kini mempunyai kerjaya yang stabil dan berkeluarga, mereka boleh terapkan mesej agar generasi muda menanam sikap untuk membayar bagi mendapatkan hiburan dan tidak berharap pada konsert percuma semata-mata.

“Jika di luar negara, peminat muzik generasi muda sanggup untuk membeli tiket konsert, saya yakin kita juga boleh suntik mentaliti yang sama untuk memastikan kelangsungan industri muzik tanah air,” katanya.

Ia dijangka berlangsung selama dua setengah jam pada setiap lokasi dan setiap penyanyi akan mempersembahkan sekitar enam lagu penuh bagi slot persembahan masing-masing.

Konsert yang menelan kos penerbitan sebanyak RM5 juta itu dijangka memeterai perjanjian dengan beberapa penaja gergasi dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket-tiket yang berharga RM100, RM200, RM300 dan RM600, layari laman web www.legendary.com.

Siri konsert anjuran Afro Inang Worldwide dengan kerjasama Research Venture Lab Sdn Bhd ini bakal diadakan pada setiap tahun bagi tempoh lima tahun dan akan menampilkan penyanyi-penyanyi yang berlainan pada tahun-tahun akan datang.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan