Dimas (Hujan) Mahu Pohon Kerakyatan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dimas.
Dimas.

PETALING JAYA: Ahli kumpulan Hujan iaitu Hang Dimas Santoso yang berasal dari Indonesia memberitahu akan mengemukakan permohonan kerakyatan negara ini sebagai penduduk tetap selepas membawa isteri dan anaknya berpindah di Kuala Lumpur.

Dimas berkata, permohonan itu akan dibuat dalam masa terdekat selepas dia selesai menguruskan proses perpindahan mereka sekeluarga daripada Jakarta.

"Saya akan membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap di negara ini selepas menyelesaikan beberapa perkara," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Dimas, keluarganya telah mula berpindah ke Kuala Lumpur sejak sebulan lalu dan kini mereka menetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

"Sebelum ini lagi isteri saya ingin mengikut tinggal di sini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana dia sibuk menguruskan perniagaan milik keluarga di sana. Bagaimanapun Alhamdulillahlah akhirnya mereka dapat bersama saya di sini," ujarnya.

Dimas memberitahu dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Kuala Lumpur kerana telah mempunyai kerjaya yang kukuh selain tidak sanggup berpisah dengan anaknya yang kini berusia empat tahun.

"Letih sebenarnya asyik berulang-alik dan keputusan ini adalah paling terbaik untuk kami semua," katanya.

Jelas Dimas, isterinya tidak mempunyai masalah untuk berpindah malah gembira dapat tinggal di Kuala Lumpur dan merancang untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah bagi membolehkannya bergaul.

"Walaupun dia baru berusia empat tahun tetapi kami merancang untuk mendaftarkan dia di tadika berdekatan supaya dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan