Sazzy Falak Seperti Tidak Percaya Hampir Setahun Jadi Ibu

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sazzy Falak
Sazzy Falak

PETALING JAYA: Aktres Sazzy Falak bagaikan tidak percaya sudah hampir setahun memikul tugas sebagai seorang ibu kepada anak kembarnya, Iman Lilly dan Tiara Rose, yang kini berusia 10 bulan.

Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 31, berkata keletah dan ragam dua puterinya itu yang semakin membesar membuatkan jadual hariannya terisi dengan padat selain komitmen kerjaya.

“Bayangkan, pada hujung April depan, genap setahun saya bergelar ibu. Saya rasa seperti bermimpi dan tidak percaya akan betapa cepatnya waktu berlalu.

“Macam baru semalam sahaja saya melahirkan mereka (Iman Lilly dan Tiara Rose), kini mereka sudah 10 bulan dan sedang aktif membesar,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Isteri kepada perunding kewangan dan pengacara Nazril Idrus itu berkata, tempoh selama hampir setahun bergelar ibu memberikan banyak pengalaman baru dan menyeronokkan buatnya.

Katanya, dia tidak menafikan bahawa dia perlu bersikap lebih selektif dalam memilih komitmen seninya demi keutamaan kepada anak-anak dan suaminya.

“Saya masih aktif sebagai pengacara tidak banyak berlakon buat masa ini. Sejak bergelar ibu, saya perlu lebih selektif dalam menerima tawaran lakonan kerana keutamaan kini adalah pada dua anak saya dan suami.

“Saya bukan memilih tawaran tetapi memilih tawaran yang boleh bersesuaian dengan waktu saya. Jika tawaran itu boleh bertolak-ansur dengan waktu untuk saya dan anak-anak, saya terima,” katanya.

Terbaru, lakonan Sazzy boleh ditonton dalam drama Sopi Sekuriti yang kini disiarkan sejak 28 Februari lalu pada setiap Selasa pukul 10.30 malam di Astro Warna (saluran 132).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan