Hairie Othman Tumpu Lakonan Selepas Kegagalan 'Dua Alam'

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hairie Othman
Hairie Othman

SHAH ALAM: Pelakon Hairie Othman ingin menumpukan perhatian pada bidang lakonan selepas filem sulung arahannya, Dua Alam gagal mendapat sambutan penonton di pawagam.

Hairie, 41, berkata, keputusannya itu bukan kerana serik atau merajuk akibat tetapi rezekinya dalam bidang lakonan lebih menyerlah berbanding pengarahan.

"Dalam 10 tawaran yang saya terima, sembilan daripadanya adalah berlakon. Jadi lebih baik tumpu pada lakonan.

"Bukan kata merajuk atau dah tak minat mengarah tetapi rasanya lebih baik berlakon," ujarnya kepada mStar Online.

Hairie ditemui ketika menghadiri pelancaran drama bersiri Opah musim terbaharu di sini, Selasa.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kegagalan Dua Alam, Hairie berkata dia tidak melihat filem berkenaan sebagai tidak berjaya kerana sebagai pengarah dia telah memberikan terbaik.

Ujarnya, dia juga tidak pernah serik untuk mengarah cuma tumpuannya kini pada lakonan.

"Mengapa saya perlu kesal atau serik hanya kerana filem itu gagal mendapat sambutan di pawagam?

"Saya tahu telah memberikan yang terbaik untuk Dua Alam dan disukai atau tidak oleh penonton adalah di luar bidang kuasa saya," ujarnya.

Dua Alam yang ditayangkan pada tahun 2010 hanya berjaya mengutip RM230 ribu sepanjang tayangan. Kutipan itu jauh tersasar daripada jangkaan asal iaitu sebanyak RM20 juta.

Sementara itu, Hairie berkata, selain drama bersiri Opah, dia juga sedang sibuk dengan beberapa penggambaran drama dan telefilem.

Tambahnya, dia akan terus menerima tawaran berlakon yang datang kepadanya selagi masih diperlukan dalam industri.

"Nak memilih sangat pun usia dah meningkat jadi saya bersyukur dengan segala tawaran yang ada. Tambahan pula ini adalah punca rezeki saya," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan