Fasha Sahkan Kahwin Jejai Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fasha Sandha.
Fasha Sandha.

PETLAING JAYA: Pelakon Fasha Sandha mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini sekaligus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Fasha dalam laporan Harian Metro pada Selasa dipetik sebagai berkata, dia sudah pun menerima lamaran Jejai yang juga anak Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

"Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik", katanya.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa dekat sini minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” ujarnya.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan