Dua Filem Seminggu Di Pawagam Bermula 24 Mei Depan

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri Ahmad Idham, Datuk Yusof Haslam, Mohd Naguib, Shuhaimi Baba dan Esma Daniel pada majlis pengumuman pelaksanaan Syarat Wajib Tayang di Hotel De Palma, Ampang, Selasa.
Dari kiri Ahmad Idham, Datuk Yusof Haslam, Mohd Naguib, Shuhaimi Baba dan Esma Daniel pada majlis pengumuman pelaksanaan Syarat Wajib Tayang di Hotel De Palma, Ampang, Selasa.

AMPANG: Masalah kelewatan penayangan filem tempatan di pawagam tidak akan berlaku apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan juga Syarat Wajib Tayang (SWT) telah membuat keputusan untuk membenarkan dua buah filem ditayangkan dalam masa seminggu berkuat kuasa 24 Mei depan.

Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah filem yang menunggu giliran pada tahun ini meningkat dengan mendadak iaitu lebih 70 buah filem berbanding 49 buah filem sepanjang 2011.

“Kami merasakan satu perubahan perlu dilakukan terhadap Syarat Wajib Tayang dengan melaksanakan pendekatan iaitu dua buah filem perlu ditayangkan di pawagam dalam masa seminggu.

“Ia akan membolehkan penerbit filem tidak menunggu lama giliran tayangan karya mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman pelaksanaan sistem baru di bawah Skim Wajib Tayang di Hotel De Palma di sini, Selasa.

Turut hadir Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Datin Paduka Shuhaimi Baba dan wakil SWT, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Sebelum ini SWT menetapkan hanya sebuah filem tempatan sahaja dibenarkan untuk ditayangkan di pawagam dalam masa dua minggu.

Mohd Naguib memberitahu penerbit filem tidak akan tergugat dengan pendekatan baru itu kerana pihaknya akan memastikan genre sesebuah filem adalah berlainan selain tiada penglibatan pelakon yang sama untuk dua buah filem yang ditayangkan pada tempoh berkenaan.

Tambahnya, karya produser baru juga tidak akan “bertembung” dengan produser berpengalaman kerana bimbang akan mempengaruhi jumlah kutipan terhadap filem masing-masing.

Beliau berkata, keputusan itu tidak dilihat mematikan usaha penerbit sebaliknya menggalakkan mereka menghasilkan karya dengan lebih kreatif untuk menarik perhatian penonton selain dapat bersaing secara sihat.

Ujarnya, pada tahun 2011, kutipan filem Boxoffice mencecah RM125 juta berbanding RM50 juta pada tahun sebelumnya yang menunjukkan peningkatan terhadap sambutan industri perfileman tempatan.

Tambahnya, jumlah pawagam sebanyak 600 buah pada ketika ini akan ditambah kira-kira 200 buah lagi seluruh negara yang dilihat boleh membantu produser filem bersaing.

Katanya, filem-filem yang mendapat sambutan luar biasa walaupun sudah tamat tempoh tayangan adalah masih dibenarkan untuk memanjangkan jumlah penayangan karya masing-masing tanpa sebarang sekatan seperti yang diamalkan ketika ini.

Ditanya tidakkah usaha itu mendapat bantahan penerbit-penerbit filem yang bimbang akan berasa tergugat, Mohd Naguib memberitahu cara itu adalah terbaik jika mereka mahu melihat filem mereka ditayangkan dengan cepat.

“Sebelum ini penerbit terpaksa menunggu lama tetapi apabila sistem ini diperkenalkan, mereka hanya mengambil masa tiga bulan sahaja untuk melihat karya masing-masing menemui penonton. Matlamat utamanya adalah untuk mengelak lambakan filem,” katanya.

Sehubungan itu satu sesi dialog akan dilakukan di antara pihak penerbit dengan jawatankuasa SWT pada 16 Mac depan sempena Hari Terbuka Finas.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan