Bakal Muncul Solo, Tam Tidak Tinggalkan Spider

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tam Spider.
Tam Spider.

PETALING JAYA: Penyanyi kumpulan Spider, Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah menafikan dakwaan kononnya dia akan meninggalkan kumpulan tersebut dalam masa terdekat kerana ingin bergerak secara solo.

Tam berkata, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan rakan-rakanya dalam kumpulan itu dan tiada sebarang sebab untuk meninggalkan Spider.

Namun dia tidak menafikan akan muncul dengan album solo pada tahun ini.

"Dakwaan saya tinggalkan Spider adalah tidak berasas selama sekali kerana tidak pernah ada niat untuk berbuat demikian.

"Projek solo yang bakal saya lakukan adalah kerana untuk mencuba sesuatu dalam kerjaya saya," ujarnya kepada mStar Online.

Tam ditemui ketika menghadiri Festival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Tam memberitahu, rakan-rakannya dalam Spider iaitu Hanafi, Ayie dan Tony yang memaksa dia untuk menghasilkan album solo kerana merasakan sudah tiba masanya untuk dia melangkah jauh dalam bidang muzik.

Tam berkata, ia bukanlah keputusannya sendiri tetapi mendapat sokongan daripada teman-temannya.

"Saya dah berfikir untuk buat solo hampir tiga ke empat tahun lalu, tetapi hasrat tergendala kerana mahu memberi tumpuan kepada Spider yang mempunyai pelbagai projek ketika itu.

"Bagaimanapun sekarang adalah masalah sesuai untuk saya mengorak langkah setapak lagi dalam kerjaya saya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai konsep album yang akan dibawa nanti, Tam berkata ia akan berbeza daripada konsep yang dibawa bersama kumpulan Spider.

Tam berkata, dia masih belum mempunyai sebarang genre khusus untuk album solonya nanti tetapi tidak menolak kemungkinan akan beralih kepada muzik pop.

"Yang pasti ia akan berbeza daripada muzik Spider kerana kalau bawa konsep sama maka tidak memberi perbezaan. Ia boleh jadi pop, pop rock atau pun pop tradisional, saya sendiri belum tahu," ujarnya.

Tambah Tam, album berkenaan akan mempunyai lima buah lagu dan akan diterbitkan bersama syarikat rakamannya Luncai Emas dan Universal Music.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan