Ahmad Idham Anggap KJ Tidak Wajar Komen 'Hantu Bonceng'

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Idham
Ahmad Idham

PETALING JAYA: Pengarah filem Ahmad Idham menganggap Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) tidak wajar memberi komen mengenai filem arahannya iaitu Hantu Bonceng kerana ia seolah-olah memperkecilkan usaha beliau untuk mengembangkan industri filem tempatan.

Ahmad Idham berkata, dia kecewa komen itu datangnya daripada seorang pemimpin politik tanpa mengetahui senario sebenar dunia perfileman di negara ini.

“Saya tidak marah atau melenting tetapi terkejut kerana komen begitu keluar daripada pemimpin yang saya kagumi dan hormati.

“Saya tidak akan suka-suka buat filem ringan seperti Hantu Bonceng jika tiada sambutan. Sebagai penerbit, sudah tentu saya mahu terus berkarya dan menjana pendapatan daripadanya.

“Malah, kewujudan filem-filem ringan sebeginilah yang menggalakkan perkembangan industri filem yang kecil dan penuh kekangan selama ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Khairy mengemas kini status akaun Twitternya selepas malam gala filem Bunohan pada minggu lalu dengan memuji filem itu yang cemerlang dari segi sinematografi, metafora dan dialog tidak seperti filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham.

Hantu Bonceng telah menemui penonton di pawagam pada 31 November 2011. Ahmad Idham menegaskan dia bukan tidak boleh menerima teguran tetapi terkejut dengan komen KJ dalam akaun Twitter yang membandingkan Hantu Bonceng dengan Bunohan.

“Apakah rasional komen sebegitu dikeluarkan tanpa beliau mengetahui punca dan sebab filem-filem ringan seperti Hantu Bonceng terus dihasilkan dalam industri filem tempatan?

“Adakah beliau tahu realiti sebenar dan kesukaran penggiat seni sehingga memaksa kami mengeluarkan filem-filem ringan yang mudah dijual dan diterima, sekali gus menjana pendapatan industri?” katanya. Tambah beliau kewujudan filem-filem ringan seperti itulah dapat menggalakkan perkembangan industri filem yang kecil dan penuh kekangan selama ini.

Terbaru, pemilik syarikat produksi Excellent Pictures Sdn Bhd itu kini sibuk menjalani latihan teater muzikal arahannya, Gerimis Mengundang.

Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 27 Mac sehingga 8 April depan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan