Seniman Kemuka Tiga Cadangan Kepada Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah kepada pemenang iaitu kumpulan Skudap Skudip di Festival BN Youth Music 2011 yang berlangsung di The Curve, Damansara di sini pada Ahad. Turut kelihatan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien. Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah kepada pemenang iaitu kumpulan Skudap Skudip di Festival BN Youth Music 2011 yang berlangsung di The Curve, Damansara di sini pada Ahad. Turut kelihatan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien. Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG.

PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah mengemukakan tiga cadangan kepada pihak kerajaan dalam usaha persatuan itu menjaga kebajikan artis di negara ini.

Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, tiga usul yang dikemukakan kepada kerajaan adalah permohonan bantuan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), perkhidmatan insurans perlindungan diri dan penggunaan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman.

"Permohonan ini adalah untuk menjamin masa depan dan keselamatan semua ahli Seniman jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

"Seperti insurans perlindungan diri, sekurang-kurangnya keselamatan mereka terjamin selain dapat menghargai jasa mereka oleh kerajaan demi memastikan semua yang terlibat dalam dunia seni terbela nasib mereka.

"Jika asyik nak mengharapkan bantuan daripada tabung bantuan susah juga. Jadi perkara ini harus diambil berat oleh kerajaan demi memastikan semua yang terlibat dalam dunia seni terbela nasib mereka.

"Oleh sebab itu kita perlukan insuran ini seperti yang telah dibuat kepada pemandu teksi dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela)," katanya.

Zed berkata demikian ketika menghadiri Karnival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Zed berkata, Seniman memohon rumah PPRT tersebut untuk 5,000 ahli mereka yang terdiri daripada golongan artis veteran, peringkat pertengahan umur dan golongan muda.

Manakala, insurans perlindungan diri sebanyak RM100,000 premium insurans kesihatan dengan khairat kematian sebanyak RM5,000 setiap seorang.

"Bagi permohonan cermin gelap pula adalah bagi faktor keselamatan golongan artis itu yang kadang-kala balik lewat malam daripada persembahan atau lokasi penggambaran," ujarnya.

Sebelum itu, Zed telah menyerahkan memorandum berhubung permohonan perkhidmatan insuran perlindungan diri para artis kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Timbalan Menterinya, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Maglin berkata pihaknya akan membentangkan permohonan itu kepada Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim secepat mungkin dan berjanji akan berusaha mewujudkan insuran perlindungan kemalangan diri untuk semua seniman tanah air yang berdaftar.

Pihaknya kata beliau akan mengadakan perbincangan itu termasuk dengan wakil seniman bagi memperhalusi jenis dan polisi insuran yang sesuai untuk golongan artis.

"Walaupun dana yang ada tidak mencukupi untuk menyokong usaha ini bagaimanapun ia adalah satu usul baik untuk kepentingan semua penggiat seni tanah air.

"Pihak kementerian akan memperhalusi mengenai usul ini dengan semua pihak termasuk wakil dari Seniman dan pihak insuran mengenai premium yang sesuai," katanya.

Sementara itu, pada acara kemuncak Karnival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) telah menyaksikan lebih 3,000 orang hadir menyaksikan persembahan dan pertandingan yang diadakan.

Turut diadakan adalah pertandingan akhir pencarian bakat yang memberi peluang kepada golongan belia menonjolkan bakat muzik masing-masing menerusi acara yang dianjurkan oleh Pemuda BN itu.

Kumpulan Skudap Skudip muncul juara dalam pertandingan sengit antara 12 peserta.

Acara itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluangkan masa kira-kira sejam menyaksikan pertandingan itu.

Hadir sama adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan