Enggan Tidur Sama Ketika Bulan Madu, Jimmy Shanley Mengaku Tampar Isteri

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jimmy (kanan) bersama peguamnya hadir meneruskan prosiding tuntutan nusyuz dan kembali taat terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Isnin.
Jimmy (kanan) bersama peguamnya hadir meneruskan prosiding tuntutan nusyuz dan kembali taat terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Isnin.

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini bahawa beliau telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy ketika sedang berbulan mandu di Koh Samui, Thailand.

Jimmy, 32, berkata, beliau bertindak demikian setelah kecewa dengan sikap dingin isterinya apabila enggan tidur bersama ketika tiba di destinasi peranginan itu pada 18 Oktober 2010.

Kata Jimmy, sikap dingin Nursuhaila, 26, telah menyebabkan beliau terpaksa menyewa sebuah bilik lain untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku sehari selepas itu.

“Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami. Dia tidak cedera cuma terganggu emosi akibat pergaduhan itu.

“Sebelum ini saya pernah menamparnya juga iaitu selepas tiga hari perkahwinan kami kerana berlaku salah faham,” katanya pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Saharudin Selamat.

Tambah pelakon itu, akibat perselisihan faham semasa percutian berbulan madu tersebut, Nursuhaila telah bertindak keluar dari hotel penginapan mereka tanpa keizinannya dua hari selepas itu (20 Oktober)untuk berlepas ke Bangkok dan dia tidak mengetahui berapa hari isterinya itu berada di bandar berkenaan.

Katanya, Nursuhaila turut menghempas pintu bilik hotel selepas dia melarang isterinya itu keluar daripada hotel dan insiden pergaduhan itu turut dirakamkan dalam bentuk video.

Menurut Jimmy, beliau hanya mengetahui mengenai aktiviti Nursuhaila selepas membaca status menerusi Facebook miliknya yang tertulis; “Aku mai la... “sape” pun, Diana Mariana tetap di hati. Okeylah... aku nak keluar enjoy hilangkan stress.”

Apabila ditanya oleh peguamnya, Mohd Noor Raizan siapakah wanita yang dimaksudkan dalam Facebook itu, Jimmy memberitahu individu tersebut adalah teman Nursuhaila.

Ujar Jimmy, dia hanya bertemu semula dengan isterinya itu di rumah milik mereka di Sungai Buloh dekat sini kira-kira lima hari selepas pulang daripada Koh Samui.

Jimmy turut memberitahu mahkamah dia dan isterinya jarang berkomunikasi secara lisan sebaliknya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja.

“Macam mana nak bercakap kalau dia tak mahu. Lebih baik SMS,” katanya.

Terdahulu, Nursuhaila yang turut hadir untuk mendengar hujah pihak plaintif pada prosiding berkenaan bersetuju dengan keterangan suaminya selain memberitahu sudah tawar hati terhadap Jimmy.

Pengacara rancangan Trek Selebriti terbitan Astro itu memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zahrah Shanley yang kini berusia kira-kira sembilan bulan.

Prosiding kes berkenaan akan disambung pada 7 dan 14 Mei depan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan