RL6: Aksi Hambar Punca Selak Tersingkir

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi kumpulan Selak ketika melakukan persembahan kedua bertemakan 'Radio' pada persaingan minggu kelapan Raja Lawak 6, malam Jumaat. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Aksi kumpulan Selak ketika melakukan persembahan kedua bertemakan 'Radio' pada persaingan minggu kelapan Raja Lawak 6, malam Jumaat. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Kumpulan Selak tersingkir pada gelanggang kelapan Raja Lawak musim keenam (RL6) selepas mendapat peratus undian terendah kerana beraksi hambar di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat.

Kumpulan yang dianggotai Mohd Fadzlie Mohd Nizam, 20, dan Mohd Zulzaini Senin, 20, itu mendapat 12.17 peratus undian.

Dua lagi peserta yang berada pada kedudukan tiga terbawah adalah kumpulan Cuit dengan 14.85 peratus dan 2Yol (20.85).

Pada persaingan minggu kelapan, kesemua peserta dikehendaki melakukan dua persembahan yang bertemakan ‘Pertama Kali’ dan ‘Radio’.

Mengulas mengenai penyingkiran tersebut, Pengurus Saluran Astro Warna Bob Azrai berkata persembahan yang tidak konsisten di kalangan peserta sekali lagi menjadi faktor yang mempengaruhi undian penonton.

Katanya, kandungan komedi dua anak muda dari Johor itu tidak memberangsangkan dan hambar pada kedua-dua pusingan persembahan.

“Pada kali ini, kita lihat kumpulan Selak pula tidak konsisten, malah persembahan mereka paling lemah berbanding yang lain.

“Ini jelas dilihat berdasarkan respon penonton di studio sendiri. Tidak banyak gelak tawa penonton yang boleh didengar ketika mereka mengadakan persembahan,” katanya ketika ditemui selepas program itu, di sini.

Ketika ditanya mengenai pemilihan dua tema berkenaan, Bob berkata ia dilihat berkesan untuk menaikkan semula momentum komedi secara keseluruhannya berbanding persembahan suram pada minggu lalu.

“Kedua-dua tema ‘Pertama Kali’ dan ‘Radio’ ini julung kali diketengahkan dalam RL. Ia bukan tema yang mudah tetapi mereka berjaya melaksanakan tugasan tersebut dengan baik.

“Kualiti keseluruhan persembahan pada minggu ini adalah berputar 180 darjah lebih baik berbanding minggu ketujuh,” katanya.

Selak berada di bawah bimbingan Cif Kecik Yus.

Dengan penyingkiran itu, kumpulan 2Yol, Cuit, Shiro dan Zero akan meneruskan persaingan pada minggu separuh akhir, Jumaat depan.

Bob turut berkata, pentas akhir RL6 akan diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 16 Mac ini.

Masih lagi mengekalkan format permarkahan menerusi 100 peratus undian penonton, para peserta mendapat bimbingan pengarah filem Ahmad Idham selaku Cif Besar dan tiga Cif Kecik iaitu Yus, Angah dan Tauke.

Para peserta musim ini diadili tiga pengkritik tetap iaitu produser filem dan drama David Teo, pelawak Sathia dan produser dan pelakon Sheila Rusly.

Bersesuaian dengan tema 'Radio' pada minggu ini, Pengurus Rancangan Sinar FM, Rostam Zulkarnain Said (Pak Tam) turut diundang untuk menilai persembahan peserta.

RL6 diterajui oleh pasangan pengacara Johan dan Zizan dan disiarkan pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Paparan aktiviti mingguan para peserta pula disiarkan dalam Kapsul Raja Lawak pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 9.55 malam di saluran yang sama.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan