Oprah Temu Ramah Anak Perempuan & Keluarga Whitney Houston

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oprah Winfrey
Oprah Winfrey

NEW YORK: Oprah Winfrey dilaporkan telah menemu ramah anak perempuan mendiang Whitney Houston, Bobbi Kristina Brown dan ahli keluarga yang lain untuk sebuah program khas yang bakal disiarkan di saluran Oprah Winfrey Network.

Program berjudul Oprah’s New Chapter itu akan memaparkan temu ramah bersama anak tunggal Houston yang berusia 18 tahun itu, kakak ipar yang juga pengurusnya Patricia Houston dan abangnya, Gary.

Ia bakal ditayangkan di saluran milik pengacara itu pada Ahad depan.

Penyanyi hebat itu ditemui mati di dalam tab mandi di Hotel Beverly Hilton di Beverly Hills, California pada 11 Februari lalu. Punca kematian masih belum diketahui.

Winfrey adalah salah seorang tetamu kehormat pada upacara pengebumian Houston di Newark, New Jersey, bulan lalu.

Houston meninggal dunia pada usia 48 tahun. Anak perempuannya akan berusia 19 tahun pada Ahad ini. - AP

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan