ALBUM BARU: Diandra Arjunaidi Unik & Segar

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARTIS: Diandra Arjunaidi

ALBUM: Diandra Arjunaidi

EDARAN: FMC Music

SEKALI imbas apabila mendengar album ini, mungkin ada yang menganggap muzik penyanyi muda, Diandra Arjunaidi mempunyai elemen-elemen seperti Liyana Fizi.

Dengar betul-betul, lagu-lagu dalam album kerana ia cukup segar terutama sekali dalam penceritaan lirik-lirik yang dicipta.

Memuatkan sebanyak tujuh buah lagu seperti Angkasa, Things We Don't Say, Remember, Happy, Utitled, White Lines dan You, penyanyi berusia 25 tahun ini mempunyai keunikan suara yang tersendiri.

Benar, kebanyakan lagu-lagunya berentak sama tetapi setiap satunya mempunyai perbezaannya yang tersendiri jika didengar dengan kerap. Malah rancak muziknya akan muncul dengan sendiri selepas menghayati lagi bait-bait lirik yang diciptanya.

Seperti semua sedia maklum, taruhan single pertamanya, Angkasa

Pada pendapat mStar Online, enam buah lagu Inggeris yang akan dipertaruhkan juga pastinya mendapat sambutan daripada kalangan golongan muda “urban” dan sememangnya mencari muzik nafas baru.

Lagu Things We Don't Say yang menjadi single kedua Diandra juga menjadi kegemaran mStar Online. Ia ringan untuk didengar, lagu ini lebih santai dan bersahaja.

Secara keseluruhannya, album Diandra Arjunaidi ini mempunyai keaslian yang tersendiri.

Usah membandingkannya dengan penyanyi-penyanyi lain, dengar dahulu untuk beberapa kali, barulah komen.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan