Rudy Tinggalkan Red FM Kerana 'Letih' - Berita Hiburan | mStar

Rudy Tinggalkan Red FM Kerana 'Letih'

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rudy
Rudy

PETALING JAYA: Personaliti radio yang juga bekas penyampai Red FM, Rudy berkata pengundurannya daripada stesen radio itu sejak hujung tahun lalu bukan disebabkan konflik dalaman tetapi mahu mengembangkan bakatnya kepada cabang baru.

Rudy atau nama sebenarnya Harun Sharudin Sufian, berkata keputusan untuk meninggalkan dunia penyiaran radio bertitik-tolak daripada keinginannya sendiri untuk mencari pengalaman baru dan kebebasan dalam bersiaran bersama pendengar.

“Tiada apa-apa konflik dalaman antara saya dan pengurusan Red FM. Kontrak saya berakhir pada hujung tahun lalu dan ia tidak disambung atas persetujuan bersama.

“Selepas sekian lama terlibat dalam penyiaran radio, saya sudah letih untuk bersiaran secara paksaan atau dibuat-buat semata-mata mengikut trend dan kehendak pihak tertentu.

“Hasil perbincangan bersama, saya putuskan untuk berundur sebagai penyampai radio dan menceburi bidang penyiaran yang baru iaitu radio podcast,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.

Rudy yang juga bekas penyampai Hitz.fm sebelum ini berkata, sejak bersiaran menerusi radio podcast (penyampaian radio menerusi web) kira-kira sebulan yang lalu, dia mendapat kepuasan berbeza dan pengalaman baru yang tidak pernah dikecapinya selama ini.

“Saya cukup teruja dengan pengalaman baru ini. Saya uruskan kandungannya sendiri tanpa perlu terikat dengan mana-mana pihak.

“Saya berpeluang untuk menemu ramah dan memaparkan pengalaman kehidupan orang ramai dan selebriti dalam konteks yang jujur dan bebas.

“Projek podcast ini baru sahaja bermula dan saya akan sibuk dengan beberapa temu janji dengan selebriti seperti Ferhad, Camelia, Jason Lo dan ramai lagi yang sudah disusun bagi mengumpulkan bahan untuk disiarkan nanti,” katanya.

Menurut Rudy, semua kandungan dan siarannya boleh dilihat menerusi laman YouTube dan laman web peribadinya, www.itsrudy.com.

Ketika ditanya adakah penghijrahan itu disebabkan dia sudah tawar hati dengan dunia penyiaran radio komersial, Rudy berkata dia tidak pernah berhasrat untuk bersara daripada penyampaian radio kerana ia bagai sudah menjadi darah dagingnya.

“Saya tidak kata saya akan bersara daripada bergelar penyampai. Cuma selepas meninggalkan Red FM, saya belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana stesen lain.

“Jika ada tawaran baru yang bersesuaian dan memenuhi matlamat dan visi saya sebagai penyampai radio, saya tidak keberatan untuk kembali ke dunia radio komersial,” katanya mengakhiri perbualan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan