Raja Azura Tidak Akan Jadi Pelakon

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Azura.
Raja Azura.

SUBANG JAYA: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura menjelaskan dia tidak berhasrat untuk kembali menjadi pelakon sebaliknya lebih selesa dengan kerjayanya di stesen radio tersebut.

Raja Azura yang lebih mesra dengan sapaan Kak Engku berkata, keputusan itu dibuat selepas memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada tiga cahaya mata yang sedang membesar dan memerlukan perhatian daripadanya.

"Berlakon mengambil masa lama untuk berada di lokasi atas sebab itu saya tidak lagi mahu berlakon dan ingin menumpukan kepada kerjaya saya di Sinar FM.

"Jadual bekerja di radio dengan masa yang tetap lebih memudahkan saya untuk bersama anak-anak dan menguruskan keperluan mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya dia juga sekali-sekala mengendalikan majlis makan malam serta acara korporat jika mempunyai masa lapang.

Kak Engku bagaimanapun berkata, dia ada menerima pelbagai tawaran berlakon daripada penerbit drama tetapi terpaksa menolak secara baik.

Dalam pada itu, katanya, dia akan kembali mengacarakan program Kilauan Sinaran Emas yang akan menemui penonton selain bakal bergandingan dengan Didie Alias, Sharifah Shahira dan Zizan Raja Lawak sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) pada 8 April depan.

Dirinya turut dicalonkan dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular pada ABPBH2011.

"Tumpuan saya adalah kepada kelancaran majlis itu nanti dan tidak terlalu mengharap kepada kemenangan," ujarnya.

Sebelum ini, Kak Engku menolak dakwaan kononnya dia sudah kembali ke pangkuan bekas suaminya iaitu Adzmin Osman, 38.

Katanya, dia selesa dengan kehidupannya selepas “kembali solo” dan tidak mahu merosakkan kebahagiaan yang dikecapnya sekarang.

Hasil perkahwinan mereka selama 10 tahun, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 10, Megat Luqman Hakim, 9, dan Puteri Mia Maizurah, yang berusia enam tahun.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan