Rafflesia Raikan Bintang Paling Popular ABPBH

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nabil dan Shahiezy Sam hadir bagi memeriahkan makan malam bersama ABPBH - Rafflesia yang diadakan untuk meraikan mereka yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular. - Foto THE STAR Oleh AZHAR ARIF.
Nabil dan Shahiezy Sam hadir bagi memeriahkan makan malam bersama ABPBH - Rafflesia yang diadakan untuk meraikan mereka yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular. - Foto THE STAR Oleh AZHAR ARIF.

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut ulang tahun ke 25 penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Rafflesia The Pearl Centre telah mengadakan sebuah majlis makan malam bagi meraikan artis yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular di Hotel Le Meridien di sini pada malam Rabu.

Pengarah Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamsarul Shahid berkata, makan malam itu juga diadakan bersempena pengenalan satu anugerah khas iaitu Anugerah Seri Perak yang bakal dipertandingkan antara 12 pemenang kategori kemuncak sepanjang tempoh 25 kali penganjurannya sejak 1987.

"Bagi menghargai semua artis yang pernah merangkul anugerah itu, kita raikan mereka pada malam ini selain bakal berentap dalam merebut Anugerah Seri Perak yang akan diumumkan pemenangnya pada malam kemuncak ABPBH 2011," ujarnya.

Antara Bintang Paling Popular yang hadir pada majlis itu adalah Datuk M. Nasir, Ziana Zain, Nabil (Raja Lawak) dan Shahiezy Sam.

Manakala tetamu kehormat lain turut memeriahkan majlis ialah Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian, Hanizam Abdullah, Datuk Jimmy Choo dan Winnie Sin.

Malam tersebut turut diserikan dengan persembahan memukau oleh penyanyi Amanda Imani dengan dua buah lagu iaitu Someone Like You dan Make You Feel My Love selain juara program Bintang Idola, iaitu Azhar.

Pencalonan pusingan awal telah di Berita Harian dan Berita Minggu bermula 25 November hingga 29 Disember lalu bagi memberi peluang kepada pembaca memilih calon lima teratas.

Pemenang akan diumumkan pada malam kemuncak ABPBH 2011 yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 8 April depan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan