'Bunohan' Karya Bersifat Peribadi Dain Said

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dain Said bersama barisan pelakon-pelakon 'Bunohan'. Foto GLENN GUAN
Dain Said bersama barisan pelakon-pelakon 'Bunohan'. Foto GLENN GUAN

KUALA LUMPUR: Selepas kecewa apabila hasil karya filem Dukun tidak dapat ditayangkan, filem drama-aksi yang ditunggu-tunggu, Bunohan, pula menjadi taruhan buat pengarah hebat Dain Said.

Pada tayangan perdana Bunohan yang perlangsung pada malam Rabu di TGV, Kuala Lumpur City Center (KLCC), Dain berkata, dia tidak sabar melihat respons daripada penonton-penonton tempatan pula selepas mendapat pujian dari negara luar.

"Alhamdulillah, Bunohan mendapat respons yang sangat baik di luar negara. Bagaimanapun, filem ini adalah untuk orang kita (Malaysia), jadi semestinya saya mahu lihat respons daripada penonton-penonton tempatan.

"Tambah pula, hasil karya yang dibuat selama empat tahun ini bersifat terlalu perbadi untuk saya, kerana saya bukan sekadar mengarah semata-mata, tetapi menjaga setiap aspek dalam filem ini.

"Saya dan pihak kru produksi bersungguh-sungguh dalam filem ini. Malah, saya bersyukur kerana mempunyai barisan pelakon yang hebat dan kerana mereka jugalah filem ini dapat 'hidup'," katanya.

Filem yang akan mula ditayangkan pada 8 Mac ini dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim serta Pekin Ibrahim dan dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura.

Ia diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok Entertainment Convergence bertindak sebagai penerbit bersama.

Bunohan yang mendapat tempat di arena antarabangsa menerima Anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011.

Dalam pada itu, filem itu telah mengadakan tayangan perdana mereka di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September 2011 dan juga telah dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Ditanya, adakah dia mengharapkan pengiktirafan memandangkan Bunohan disanjung tinggi di peringkat antarabangsa, pengarah ini berkata:

"Sebenarnya anugerah bukanlah satu perkara yang penting, tetapi asalkan filem ini dihargai terutamanya daripada kalangan penggiat-penggiat seni dan para penonton, ia sudah mencukupi."

Bertempat di Kelantan dan bersempadanan dengan Selatan Thailand, Bunohan, satu kawasan di daerah Tumpat, menceritakan tentang lelaki ganas yang kental.

Ia berkenaan dengan nasib tiga adik-beradik; seorang peninju tomoi yang berada dalam pelarian, pembunuh upahan dan seorang ahli perniagaan licik yang tersepit dalam sarang tragedi penipuan dan rasuah.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan