Tun Mahathir Tidak Halang Anak Berlakon Teater

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mazhar Mahathir.
Mazhar Mahathir.

KUALA LUMPUR: Anak angkat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Mazhar Mahathir menjelaskan ibu dan bapanya itu tidak pernah menghalang dirinya untuk bergiat aktif dalam bidang teater.

Mazhar, 28, berkata, walaupun bapanya kurang senang dengan pilihannya itu tetapi dia telah berjaya meyakinkan mereka untuk bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita dalam bidang teater.

"Beliau juga seperti bapa-bapa lain di dunia yang sentiasa mahukan terbaik untuk anaknya dan saya tidak terkecuali. Pada awalnya beliau memang kurang senang dengan pilihan saya tetapi apabila melihat kesungguhan saya, dirinya sudah boleh menerima.

"Malah beliau banyak memberi sokongan dan dorongan untuk saya lebih berjaya dan bersemangat mengejar cita-cita," ujarnya kepada mStar Online.

Mazhar ditemui ketika majlis pelancaran teater muzikal Upin & Ipin Isnin. Muzikal itu bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 14 April hingga 6 Mei depan.

Dalam pada itu, Mazhar berkata, ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali adalah penyokong terbesarnya dan sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk dia mengejar cita-citanya sebagai penggiat teater.

Ujarnya, ibunya itu tidak pernah menghalang penglibatannya dalam dunia teater malah sering turun padang menyaksikan persembahannya jika berkelapangan.

"Kebetulan siri Upin & Ipin adalah kegemarannya dan dia begitu teruja untuk melihat aksi saya dalam teater muzikal ini. Kehadirannya pada majlis pelancaran ini juga adalah begitu bermakna buat saya," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Mazhar berkata dia tidak kisah jika masyarakat sering mengaitkan penglibatan dirinya dalam bidang seni dengan kedua ibu bapanya itu.

Katanya, dia sudah terbiasa dengan keadaan itu bagaimanapun ingin bergerak di atas kaki sendiri untuk menempa nama dalam bidang teater dan bukannya kerana nama orang tuanya.

"Saya tidak kisah orang sering nak kait-kaitkan saya dengan siapa ibu bapa saya tetapi sebolehnya mahu masyarakat menilai saya melalui bakat dan bukannya kerana siapa saya," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya sebagai pelakon dalam teater muzikal tersebut, Mazhar memberitahu dia berasa seronok dapat terlibat sama dalam pementasan itu kerana ia memberikan pengalaman baru buatnya.

Mazhar berkata, bekerja dengan lebih 60 orang kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang telah memberikannya inspirasi untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

"Walaupun kadang-kala ia akan menjadi kecoh kerana terlalu ramai kanak-kanak dengan pelbagai karenah tetapi mereka semua adalah pelapis berbakat besar dalam dunia teater," ujarnya.

Selain teater Upin & Ipin, Mazhar juga pernah muncul dalam beberapa teater lain seperti teater muzikal Tun Mahathir musim pertama dan kedua, Dream Girls dan beberapa buah teater lain.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan