'Amukan Pocong' Beri Pengajaran Kepada Penonton

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Foto SHAARI CHEMAT.
Foto SHAARI CHEMAT.

PETALING JAYA: Drama Amukan Pocong yang mengisi slot Seram di TV3 pada 15 Mac ini penuh dengan pengajaran yang boleh diambil panduan oleh para penonton.

Pengarahnya Aidilfitri Mohamad Yunos berkata, Amukan Pocong tidak hanya memaparkan unsur-unsur hantu tetapi juga bagaimana masalah ketagihan judi boleh menyebabkan hilangnya wang simpanan sehingga menyebabkan berlakunya jenayah serius.

"Kami berharap drama ini sedikit sebanyak dapat menimbulkan kesedaran dan memberi amaran kepada para penonton tentang bahaya dan kesan negatif kerana judi boleh memusnahkan kehidupan dengan sekelip mata jika tidak berhati-hati.

"Malah drama ini juga menceritakan kisah hantu pocong sebenar yang selama ini sering dianggap makhluk itu suka melompat sedangkan ia sebenarnya berguling," katanya pada pelancaran drama Amukan Pocong di Sri Pentas TV3 di sini, Selasa.

Drama terbitan Padi Pictures Sdn. Bhd ini bakal menyusul selepas berakhirnya Santau Merasuk, seterusnya akan ’menghantui’ penonton sebanyak 13 episod, setiap Khamis, pukul 9.30 malam.

Memaparkan lakonan hebat dan penuh emosi daripada Azhan Rani, Ezany, Iqram Dinzly, Neelofa, Nabila Huda, Farlyna Idris, Sharifah Sakinah, Elly Mazlein, Namron, Siti Elizad dan Liza Abdullah, setiap episod mingguan akan menampilkan watak heroin yang berlainan.

Drama ini mengisahkan Long Husin (Azhan Rani), seorang kaki judi dan dua orang rakannya sanggup melakukan apa sahaja sehingga membelakangkan syariat Islam dengan memuja kubur dan menggunakan khidmat bomoh Siam untuk mendapatkan gambaran mengenai nombor ekor bagi menangi wang dengan cara mudah.

Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu.

Lebih tragis, tidak lama kemudian Long Husin sendiri terbunuh dan ilmu hitam yang telah ‘memakan diri’ menyebabkan jasad dan rohnya tidak aman sehingga menjadi pocong dan digeruni semua penduduk kampung.

Maka bermulalah kisah ngeri Long Husin yang kini harus mencari dan membunuh 13 gadis sunti untuk melunaskan janji yang pernah dibuat dengan syaitan.

Penonton yang terlepas menyaksikan Amukan Pocong boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton menerusi www.tonton.com.my untuk mendapatkan berita terkini mengenai drama ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan