Syazwan Juara Pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera 2011

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri, Liza Aryanti ,Shazwan dan Siti Aisyah antara pemenang yang menjuarai Pertandingan akhir Lelaki Kacak Bergaya Vigor dan Ratu Kebaya Jamu Mak Dara Pancaindera 2011. Foto UTUSAN
Dari kiri, Liza Aryanti ,Shazwan dan Siti Aisyah antara pemenang yang menjuarai Pertandingan akhir Lelaki Kacak Bergaya Vigor dan Ratu Kebaya Jamu Mak Dara Pancaindera 2011. Foto UTUSAN

KUALA LUMPUR: Kemuncak Pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera 2011 pada Sabtu malam menyaksikan, Mohd Syazwan Mohd Hashim, 24, dinobatkan sebagai juara pada pertandingan itu.

Berentap bersama-sama 10 finalis lain, Syazwan berjaya menewaskan dua lagi peserta 'favorite' untuk gelaran itu iaitu Azrel Ismail (naib johan) dan Mohd Fahmi Shamsuddin (tempat ketiga).

Syazwan membawa pulang hadiah berupa sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM5,000, pakej pelancongan enam hari empat malam di Korea dan beberapa hadiah lain yang menarik.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM3,000 dan RM1,000 serta beberapa hadiah lain yang menarik.

Syazwan ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang dan menganggap ia sebagai rezekinya.

Ujarnya, dia hanya menyasarkan berada di tempat kedua atau ketiga pada pertandingan itu.

"Terus terang saya hanya menyasarkan untuk menang di tempat kedua atau ketiga. Tetapi malam ini memang telah menjadi rezeki saya," ujarnya.

Tambahnya, selepas kemenangan ini dia berharap dapat memperkenalkan dirinya kepada masyarakat serta mengembangkan lagi kerjaya seni sebagai pelakon.

Syazwan berkata, dia berharap dapat memperluaskan kerjaya lakonan yang amat dicintai.

"Sebelum ini saya pernah membintangi beberapa buah drama seperti Bona Boni (TV9) dan Anak Bertuah (RTM) dan berharap dapat mengembangkan lagi peluang sebagai pelakon," ujarnya.

Acara gilang gemilang itu diadakan di Hotel Sunway Putra di sini menyaksikan para finalis dinilai bukan sahaja dari segi rupa dan personaliti tetapi juga menerusi pengetahuan am oleh pihak juri kepada mereka.

Antara juri yang dijemput untuk menilai mereka adalah Datuk AC Mizal, David Teoh, Norman Hakim, Jasmin Hamid, Hatta Dolmat dan Maya.

Sementara itu, pada majlis sama turut diumumkan juara Pencarian Ratu Kebaya Mak Dara Pancaindera 2011 dan menyaksikan Liza Aryanti Zulkofo, 35, dinobatkan sebagai juara bagi kategori (A) manakala Siti Aishah, 27, dinobatkan sebagai juara kategori (B).

Daripada 24 peserta yang bertanding pada peringkat akhir, 12 daripada mereka berada di bawah kategori A (59 kilogram ke bawah) dan kategori B (60 kilogram ke atas).

Sebelum pertandingan akhir bermula, mereka juga telah dibawa mengikuti pelabagai aktiviti sampingan dan dinilai oleh pihak juri.

Liza ketika ditemui berkata, penyertaannya dalam pertandingan tersebut secara dasarnya adalah suka-suka namun memberitahu seronok dengan kemenangannya itu.

"Saya sudah berusia 35 tahun dan ingin melakukan sesuatu untuk diri saya.

"Sokongan yang kuat daripada suami dan keluarga telah menguatkan lagi semangat saya," ujarnya.

Manakala Siti Aishah yang memenangi bagi kategori B berkata, kemenangannya itu adalah bukti wanita bertubuh besar sepertinya boleh melakukan apa yang dihajati tanpa berputus asa.

"Golongan berbadan bersar sering mengeluh tidak setanding dengan orang lain, tetapi jika kita yakin dan tidak merendah diri dengan diri sendiri pasti kejayaan milik kita," ujarnya.

Jamu Mak Dara Sdn Bhd (JMD) yang memasarkan produk lelaku jenama Jamu Vigor bertindak selaku penaja utama dalam pertandingan itu selain beberapa penaja lain seperti Al Rahala Travel, Alfio Raldo, My Saloon, Gedung Al Habshee dan sebagainya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan