Pereka Fesyen Ezuwan Ismail Berlakon Drama Secara Kebetulan

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ezuwan Ismail.
Ezuwan Ismail.

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail menjelaskan penglibatannya sebagai pelakon dalam drama terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) iaitu BFF Teman Tapi Mesra adalah secara kebetulan.

Ezuwan berkata, tawaran berlakon dalam drama bersiri lapan episod itu datang apabila dia dipelawa oleh penerbit eksekutifnya, Jalena Rejab untuk membintangi drama itu sebagai penampilan istimewa.

"Saya terima tawaran berlakon dalam drama itu kerana pada awalnya saya diberitahu akan muncul sebagai penampilan istimewa dan memegang watak sebagai diri sendiri.

Bagaimanapun saya terlibat dalam drama itu sebanyak empat episod ia bukan semudah yang disangka kerana ia adalah pengalaman pertama saya berada di set penggambaran selain perlu menghafal skrip," ujarnya kepada mStar Online.

Ezuwan ditemui ketika majlis pernikahan penyanyi Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati di sini, Sabtu.

BFF Teman Tapi Mesra disiarkan pada setiap Ahad pukul 9 malam dan dibarisi pelakon seperti Munif Isa, Sari Yanti, Irfan Roslan, Razak Ahmad dan Liza Abdullah.

Tambahnya, pelakon Irma Hasmie banyak membantunya untuk membina watak dan cara untuk menghafal skrip supaya tidak kelihatan kaku.

Ujarnya, ilmu yang diberikan oleh Irma dan pengarah drama berkenaan, Amy Maziah telah banyak memberi pengalaman kepadanya dalam memberikan persembahan baik.

"Walaupun hanya penampilan istimewa tetapi saya tidak mahu memandang ringan peranan yang diberikan. Tunjuk ajar daripada Irma dan Amy telah memberi pengalaman baru buat saya," ujarnya,

Dalam pada itu, Ezuwan berkata dia seronok dapat berlakon walaupun sekadar suka-suka dan tidak menolak untuk terlibat dalam drama lain jika ada tawaran dan bersesuaian dengan jadual kerjanya yang sentiasa sibuk.

Ezuwan bagaimanapun memberitahu, keutamaannya tetap kepada bidang rekaan fesyen dan jenama miliknya, Ezuwan Ismail Kuala Lumpur (EIKL).

"Tumpuan masih kepada bidang rekaan fesyen dan berlakon hanya mengisi masa lapang," ujarnya ringkas.

Ezuwan sebelum ini banyak menghasilkan busana untuk artis-artis terkenal tanah air seperti Irma Hasmie, Raja Farah, Datuk Sharifah Aini, Datuk Siti Nurhaliza, Adibah Noor, Memey Suhaiza, Lisa Surihani, Mia Sara dan Sharifah Shahira.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan