'Sudirman... Abadi Di Hati' Kenang Pemergian Sudirman

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan artis yang menjayakan Konsert Sudirman...Abadi Di Hati.
Barisan artis yang menjayakan Konsert Sudirman...Abadi Di Hati.

KUALA LUMPUR: Sebagai tanda ingatan buat seniman hebat negara, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengadakan Konsert Sudirman... Abadi Di Hati pada malam Jumaat.

Konsert yang disiarkan secara langsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri RTM di sini menyaksikan sebanyak 30 buah lagu-lagu popular Allahyarham yang dinyanyikan oleh penyanyi lama dan baru.

Antara penyanyi yang terlibat ialah Datuk Sharifah Aini, Adibah Noor, jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob, Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan Ray.

Persembahan dimulakan mengikut turutan album yang diterbitkan daripada album pertama Allahyarham sehinggalah ke album terakhir beliau seperti Gerimis Di Lautan, Jali-Jali, Bila Hati Terpikat, Ayah dan Ibu, Aku Anak Gembala, Pelangi Petang, Jauh Di Sudut Hati dan Hujan

Lagu popular lain seperti Salam Terakhir, Hilang Berganti, Anak Dagang, Merisik Khabar dan Chow Kit Road turut dinyanyikan.

Selain itu, sedutan rakaman video konsert Allahyarham turut dipaparkan mengiringi lagu-lagu yang dipersembahkan.

Dalam pada itu, sepanjang konsert berlangsung, persembahan diiringi seramai 40 orang pemuzik di bawah pimpinan Luqman Abdul Aziz yang bertindak sebagai pengarah muzik.

RTM memberikan penghargaan kepada penyanyi tersohor ini dengan menyediakan set yang diinspirasikan dari Royal Albert Hall, London, pentas di mana beliau diiktiraf sebagai penghibur terbaik Asia.

Turut hadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, bersama isteri, Datin Seri Masnah Rais, Datuk Ahmad Nawab, Datuk M.Nasir, Datuk Freddie Fernandez dan Habsah Hassan sebagai tanda memberikan penghargaan kepada Allabhyarham.

Konsert Sudirman... Abadi Di Hati dikendalikan oleh pengacara Saiful Apek dan Didie Alias.

Ia disiarkan secara langsung di TV1 pada Jumaat, pukul 9 malam.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan