Justin Timberlake Lakonkan Watak Elton John

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Justin Timberlake
Justin Timberlake

WASHINGTON: Filem bio-epik mengenai penyanyi legenda Sir Elton John yang akan dilakonkan Justin Timberlake bakal difilemkan dan hanya mencari pengarah yang sesuai.

Penyanyi veteran itu sedang membuat persiapan untuk mengangkat kisah hidupnya ke dalam filem muzikal dengan kerjasama penerbit David Furnish dan penulis Billy Elliot, Lee Hall.

Terdahulu, bintang berusia 64 tahun itu telah menamakan Timberlake sebagai pilihan utama untuk watak utama filem itu selepas bekas penyanyi kumpulan N’Sync memainkan wataknya dalam salah sebuah klip video bintang itu.

Dalam pada itu, Furnish mendedahkan penyanyi yang kini bergelar pelakon itu sudah menyatakan persetujuannya untuk terlibat dalam filem tersebut, asalkan dia mempunyai keserasian dengan pengarah yang bakal dicari itu.

“Kami mencari pengarah filem ini. Adalah penting buat kami berkongsi pandangan yang sama,” katanya kepada E!Online seperti dipetik laman web contactmusic.com.

“Elton dan Justin sudah berbincang mengenai perkara itu (filem). Justin berkata dia perlu berasa selesa dengan bakal pengarah filem tersebut dan begitulah sebaliknya. Keserasian adalah sangat penting.

"Tidak perlu tergesa-gesa untuk menerbitkannya. Kami akan mengambil masa yang sewajarnya untuk menghasilkan yang terbaik,” tambahnya. - ANI

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan